Tuesday, 14 June 2016

Harakahdaily Dedah Petanda PAS Bakal Bersatu Dengan Umno?

Harakahdaily Dedah Petanda PAS Bakal Bersatu Dengan Umno? Ketika kehangatan cadangan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad agar Pas bersatu dengan Umno bagi menyelamatkan kerajaan yang ada, lidah rasmi Pas, Harakahdaily menyiarkan keputusan Muktamar Dewan Ulamak Pas Pusat yang meluluskan usul keharusan hukum untuk Pas menyertai BN yang berlaku tahun 1974 lalu.

"Pada hari ini dalam tahun 1974, Muktamar Dewan Ulamak Pas Pusat meluluskan usul keharusan hukum untuk PAS menyertai BN sebagai sebuah pakatan politik bagi mencapai cita-cita untuk menegakkan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara," tulis Mohd Fadli Ghani, Head, House of Resources, Pusat Penyelidikan PAS.

Harakahdaily Dedah Petanda PAS Bakal Bersatu Dengan Umno? Selain Harakahdaily, tulisan ini juga disiarkan ke merata tempat termasuk dalam kumpulan Whatsapp pemimpin dan ahli Pas serta laman-laman rasmi Pas.

Mohd Fadli Ghani, pakar sejarah Pas

Menurutnya, dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-20 pada 13-15 Jun 1974, Yang Dipertua Agung Pas, Dato' Mohd Asri Haji Muda dalam ucapan dasarnya telah menggariskan sebab Pas perlu menyertai BN iaitu:

I. Untuk Menjamin keutuhan kuasa dan pimpinan politik kita (umat Islam) dalam menghadapi masyarakat majmuk;

II. Objektif BN tidak sedikit pun dapat menyekat kebebasan Pas untuk mengembang dan memperjuangkan konsep dan prinsipnya, iaitu Islam. Antara objektif BN ialah "menegakkan Islam sebagai agama Persekutuan," dan

III. BN adalah sebuah konfederasi (gabungan) politik yang tidak mengikat identiti PAS, walaupun menyertai pilihan raya menggunakan simbol yang sama.

Selepas Ucapan Dasar Yang Dipertua Agung Pas yang disampaikan pada pagi 13 Jun 1974, di sebelah siangnya, Dewan-dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat Pas Pusat telah bersidang.

Harakahdaily Dedah Petanda PAS Bakal Bersatu Dengan Umno?


Muktamar Dewan Ulamak Pas Pusat telah meluluskan usul keharusan PAS menyertai BN dengan alasan "...Barisan Kebangsaan (BN) dari sudut pembentukannya, tujuan-tujuannya dan memerhatikan dengan jauh dan cermat keadaan suasana negara kita Malaysia ini serta perkembangan-perkembangan politiknya dan politik negara sekitarnya, dipadankan dengan petunjuk-petunjuk daripada nas al-Quran dan as-Sunnah serta berpandu kepada kaedah-kaedah fiqh, maka kesimpulan dari muzakarah (muktamar ini) sepakat dari ijtihad kami bahawa penyertaan Pas ke dalam BN itu harus jua adanya".

Dalam masa yang sama, Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat turut meluluskan usul untuk menerima penyertaan Pas dalam BN, lapor Harakahdaily.

"Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-20 pada 13-15 Jun 1974 ini kemudiannya meluluskan usul Dewan Pemuda Pas Pusat untuk membolehkan Pas menyertai BN dengan disokong oleh Dewan Ulamak Pas Pusat," tulisnya.

Harakahdaily Dedah Petanda PAS Bakal Bersatu Dengan Umno? Menurutnya, Pas menyertai BN sebagai satu strategi politik antara tahun 1974 hingga akhir 1977 adalah berpandukan keharusan syarak, bukannya bertindak di atas keperluan politik semata-mata sesuai dengan kedudukan Pas sebagai sebuah parti Islam.

Akhbar Sinar Harian, dalam wawancara eksklusifnya dengan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, melaporkan, Pas bukan sahaja berniat tetapi berazam untuk bersatu dengan Umno.

Bernama pula melaporkan, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas tidak perlu gopoh dalam cadangan penyatuan antara partinya dengan Umno.




1 comment:

  1. Tolong jgn panggil umno ok! Panggil kami Melayu singkatan Parti Kebangsaan Melayu Msia

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...