Tuesday, 28 June 2016

Gambar Sekitar Letupan Bom Di Premis Hiburan Puchong


Gambar Sekitar Letupan Bom Di Premis Hiburan Puchong. Sekurang-kurangnya lapan cedera, seorang daripadanya parah, dalam insiden letupan dipercayai berpunca daripada bom tangan dekat sebuah premis hiburan di IOI Boulevard, Puchong, awal pagi ini.

Kejadian itu berlaku kira-kira 2.15 pagi ketika pengunjung premis menyaksikan perlawanan kejohanan bola sepak Euro 2016.

Lima daripada mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan manakala tiga lagi dihantar dan Hospital Sunway, kata Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar kepada pemberita di lokasi kejadian.

Gambar Sekitar Letupan Bom Di Premis Hiburan Puchong


"Sebuah kereta yang diletakkan kira-kira 30 meter dari premis itu turut rosak akibat letupan tersebut," katanya.

Sekumpulan anggota Unit Forensik polis dilihat melakukan siasatan di lokasi kejadian.

Suspek kejadian itu masih dijejaki.


Gambar Sekitar Letupan Bom Di Premis Hiburan Puchong












No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...