Thursday, 16 June 2016

Gabungan Ketua Cawangan Umno Sokongan Calon Amanah PRK Kuala Kangsar

Gabungan Ketua Cawangan Umno Sokongan Calon Amanah PRK Kuala Kangsar. Gabungan Ketua-ketua Cawangan Malaysia (GKCM) berjanji akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calon Parti Amanah Negara (Amanah) bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar, kata pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi.

Beliau berkata, selepas penamaan calon pada 5 Jun lalu, Amanah tidak putus-putus mendapat kunjungan dan sokongan daripada pihak-pihak dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga pemilihan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid.

Gabungan Ketua Cawangan Umno Sokongan Calon Amanah PRK Kuala Kangsar.  “Pada esok sokongan akan dapat dilihat dengan kehadiran Tun M bersama pasukan Deklarasi Rakyat dan Gabungan Ketua-ketua Cawangan Malaysia yang akan turun membantu kami di seluruh parlimen Kuala Kangsar kerana mereka telah berjanji memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam usaha memberikan kemenangan kepada calon Amanah.

“Ini merupakan satu suntikan kepada kami kerana mereka menyatakan sokongan dan akan menterjemahkan ke dalam bentuk undi,” katanya dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.

Menurut Asmuni juga, Amanah akan menguruskan dengan baik sokongan golongan rebel Umno ini agar dapat memenangkan calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli.

“Selain daripada isu nasional mereka menyatakan ketidakpuasan hati  terhadap kepimpinan BN dan calon dan juga masalah dalaman di Kuala Kangsar.


Gabungan Ketua Cawangan Umno Sokongan Calon Amanah PRK Kuala Kangsar


“Kita uruskan dengan cara paling baik bantahan akar umbi Umno ini untuk disalurkan ke peti undi Amanah,” katanya yang juga bendahari agung Amanah.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan kembali ke Kuala Kangsar esok untuk menghadiri forum Selamatkan Malaysia bersama Deklarasi Rakyat dengan pengundi Melayu dan Cina di Manong pada jam 11 pagi.

Gabungan Ketua Cawangan Umno Sokongan Calon Amanah PRK Kuala Kangsar.  Mahathir Ahad lalu telah menghadiri forum Selamatkan Malaysia di Taman Chandan Putri, Kuala Kangsar.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...