Monday, 6 June 2016

Dr. Rani Osman Dakwa Amanah Beri Kemenangan Pada BN Di PRK Sg Besar

Dr. Rani Osman Dakwa Amanah Beri Kemenangan Pada BN Di PRK Sg Besar. Fokus PAS dalam misi untuk menjatuhkan UMNO/BN sedikit terjejas apabila Pakatan Harapan (PH) melalui AMANAH meletakkan calonnya Azhar Abdul Shukur bertanding di PRK Sungai Besar.

Calon PAS, Dr Abdul Rani Osman berkata jika PH juga mempunyai hasrat yang sama untuk menjatuhkan sekali gus merampas kerusi Parlimen yang dimenangi BN, AMANAH tidak perlu bertanding.

Dr. Rani Osman Dakwa Amanah Beri Kemenangan Pada BN Di PRK Sg Besar.  “Fokus kita menjatuhkan UMNO/BN dan sesiapa saja. Kalau dia betul-betul nak jatuhkan, AMANAH tidak perlu bertanding di kerusi tradisi PAS itu sendiri.

“Apabila masuk campur di Sungai Besar, itu akan berikan kelebihan kepada UMNO dan BN di Sungai Besar,” katanya pada sidang media di Markas PAS, di Simpang Lima hari ini.

Bagaimanapun, ADUN Meru itu berkata tahaluf siyasi antara PAS dan PKR dalam pentadbiran negeri Selangor masih wujud dan beliau sendiri masih berkawan dengan pemimpin PKR.

“Tidak timbul masalah kerana apa yang berlaku di Selangor ini berbeza dengan negeri lain. Kita masih meneruskan Pakatan Rakyat (PR).


Dr. Rani Osman Dakwa Amanah Beri Kemenangan Pada BN Di PRK Sg Besar


“Daripada segi individu kita masih berkawan, tetapi kalau sudah difitnah kerana baik dengan PAN, itu tidak betul dan bukannya politik matang,” katanya.

Beliau berkata PAS yakin parti Islam itu akan berjaya menawan hati pengundi Sungai Besar walaupun rekod tiga penjuru lebih berpihak kepada BN.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Samad berkata pertandingan tiga penjuru ini bukti kematangan politik di Malaysia.

Dr. Rani Osman Dakwa Amanah Beri Kemenangan Pada BN Di PRK Sg Besar


“Saya lihat ini bukan satu masalah, ini adalah ujian kematangan politik di Malaysia.

“Ia sudah berlaku di negara lain seperti di United Kingdom, sudah terbentuknya kerajaan campuran antara dua parti pada 2005 hingga 2010.

Dr. Rani Osman Dakwa Amanah Beri Kemenangan Pada BN Di PRK Sg Besar.  “Jadi tidak ada masalah kalau kita benar-benar matang dan kalau kerajaan terus berjalan walaupun bertembung di peringkat PRK,” katanya pada sidang media sama.



3 comments:

  1. Bila berlaku 3 penjuru,tidak ada kelebihan kepada BN.Yang untung ialah Amanah.
    Undi Melayi akan pecah tiga.Parti mana dapat meraih undi bukan Melayu akan menang.
    Pas harus sedar mereka telah gostan ke tahun 60an/70an dan tidak akan mendpt undi bukan Melayu.
    Sg Besar adalah kawasan campuran yg tidak sesuai untuk Pas mendabik dada.

    ReplyDelete
  2. PAS BERTANDING BUKAN UNTUK MENANG SEDANGKAN AMANAH BERTANDING UNTUK MENANG. JADI SIAPA YANG SEBENARNYA INGIN MEMBERI KEMENANGAN KEPADA UMNO?

    ReplyDelete
  3. Tak sabar tunggu apa kesudahan ph dengan pas nie.. huhu

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...