Wednesday, 29 June 2016

Debat Terowong Pulau Pinang Bertukar Huru Hara

Debat Terowong Pulau Pinang Bertukar Huru Hara. Debat mengenai isu terowong dasar laut di Pulau Pinang malam semalam berakhir dengan penyokong kedua-dua pihak menang sorak dan mengejek satu sama lain.

Debat antara Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Pulau Pinang, Lim Hock Seng dan Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng pada mulanya berjalan dengan aman dan mesra, namun pada 30 minit terakhir, pelbagai herdikan dan sorakan dilontarkan penyokong kedua-dua pihak yang memenuhi Dewan Masyarakat Penyayang di Jalan Residency.

Debat Terowong Pulau Pinang Bertukar Huru Hara. Begitu juga, salah seorang penyokong Barisan Nasional di barisan belakang hadirin mula bersorak ke arah Lim, selepas beliau menggunakan perkataan “bodoh” terhadap kerajaan Pulau Pinang di bawah BN dulu.

Dia juga mahu Lim menarik balik perkataan “bodoh” dan “celaka” yang digunakannya ketika mengkritik cukai barangan dan perkhidmatan (GST), sebelum dibawa keluar sukarelawan Rela.

Lim menggunakan istilah itu selepas Liang membangkitkan isu banglo Ketua Menteri Lim Guan Eng, yang menurutnya tersasar dari topik.

Debat Terowong Pulau Pinang Bertukar Huru Hara


Penyokong DAP juga tidak kurang sorakan mereka, dengan ada yang menjerit “Rosmah” dan “2.6”, merujuk isteri perdana menteri dan isu “derma” RM2.6 bilion yang dikaitkan dengan 1MDB.

Moderator majlis, peguam Lee Khai menghadapi masa sukar menguruskan tindak-tanduk hadirin, dan berkali-kali merayu supaya bertenang.

Debat Terowong Pulau Pinang Bertukar Huru Hara.  Debat berakhir pada 10.20 malam, dengan penyokong kedua-dua pihak mengisytiharkan diri mereka pemenang.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...