Wednesday, 1 June 2016

Dalam Sejarah.. Umno BN Buat Tindakan Paling Luar Biasa

Dalam sejarah.. Umno BN buat tindakan paling luar biasa. Akibat kerajaan membenarkan cara luarbiasa iaitu dikemukakan pembangkang dalam mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda Akta 355 (Bidang Kuasa Mahkamah Syariah) di Parlimen maka terjadilah kutukan dan bantahan daripada pelbagai pihak termasuk daripada parti-parti komponen dalam Barisan Nasional sendiri.

Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad berkata kerajaan adalah pihak yang lebih wajar mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda Akta 355 (Bidang Kuasa Mahkamah Syariah) di Parlimen bagi mendapatkan kelulusan.

Dalam sejarah.. Umno BN buat tindakan paling luar biasa. "Berkenaan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan, IKRAM katanya pernah menyatakan pandangan mengenainya pada 11 Mei 2014, yang antara lain menyarankan empat langkah awal bagi menjamin perlaksanaan enakmen ini dapat mencapai matlamatnya, demi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat, yang merupakan maqasid penting dalam perlaksanaan undang-undang Islam itu sendiri.

"Dalam kenyataan tersebut juga, IKRAM mengalu-alaukan penubuhan Jawatankuasa teknikal antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk memastikan enakmen ini bertepatan dengan kehendak syariah, mencari pendekatan yang terbaik dan mengelak ia dari dipolitikkan," katanya.

Pada ketika itu juga menurut beliau, IKRAM mengalu-alukan keputusan Presiden PAS untuk menangguhkan dan tidak membentangkan Rang Undang-undang Persendirian dalam Persidangan Dewan Rakyat bulan Jun 2014 kerana ia memberi masa yang lebih kepada Jawatankuasa Teknikal dan rakyat untuk mengemukakan pandangan dan cadangan.

Beliau percaya bahawa Jawatankuasa Teknikal ini telah bekerja keras bagi membuat kajian dan mendapatkan pandangan pelbagai pihak bagi memastikan perlaksanaan undang-undang syariat dapat dilaksanakan secara efektif dan mencapai maqasidnya.

Dalam sejarah.. Umno BN buat tindakan paling luar biasa


"Kita berpandangan bahawa jawatankuasa ini yang seharusnya berperanan menasihati kerajaan tentang isu berkaitan pindaan Akta 355 ini sebagai sebahagian daripada usaha meluaskan kuasa Mahkamah Syariah. Kerajaan sepatutnya mengurus pindaan ini dengan membawa kepada kabinet, berbincang dengan semua pemegang taruh (stakeholders) dan akhirnya membawa kepada Majlis Raja-raja bagi mendapatkan perkenan sebelum dibawa ke Parlimen," katanya.

Beliau berpendapat, jika ini dapat dilakukan dan semua agensi kerajaan termasuk IKIM, IKSIM, para mufti, jabatan-jabatan agama, NGO-NGO dan universiti-universiti berperanan untuk berbincang, mengemukakan pandangan dan memberi penjelasan kepada rakyat, maka salah faham yang timbul pada hari ini berkaitan RUU 355 ini dapat diminimumkan.

"Oleh kerana proses perundingan ini tidak berjalan dengan baik dan perkenan Majlis Raja-raja juga tidak diperolehi, maka kita lihat bantahan daripada pelbagai pihak sedang berlaku termasuk daripada parti-parti komponen dalam Barisan Nasional," katanya.

IKRAM katanya, tetap dengan pendirian pihak kerajaan perlu melihat kembali cara pindaan undang-undang ini dikendalikan dan membuat pembetulan dengan kerajaan sendiri mengambil inisiatif melalui proses dan tatacara yang sepatutnya dalam meminda mana-mana undang-undang yang berkaitan dengan Agama Islam.

"Ini adalah usaha bagi kepentingan Agama Islam dan tidak harus dipolitikkan oleh mana-mana pihak," katanya

Dalam sejarah.. Umno BN buat tindakan paling luar biasa. Beliau menyeru agar semua pihak bertindak secara rasional, objektif dan tidak mengikut emosi dalam membincangkan perkara ini serta mengelakkan daripada menjatuhkan sebarang hukum terhadap golongan yang berbeza pendapat.

Kenyataan beliau diakhiri dengan terjemahan dua ayat berikut,

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama." (al-Hajj: 78)

"Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan." (Taha: 2), lapor Malaysia Dateline.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...