Thursday, 9 June 2016

Calon BN PRK Kuala Kangsar Terguris

Calon BN PRK Kuala Kangsar Terguris. Calon BN di PRK Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid mengakui terguris dengan kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa kematian suaminya adalah satu bentuk hukuman terhadap kerajaan persekutuan.

Pun begitu, Mastura tetap memaafkan Nizar dan menerima kenyataan itu dengan hati terbuka.

Calon BN PRK Kuala Kangsar Terguris.  “Sebagai seorang manusia biasa seperti saudara semua, semestinya perkatan-perkataan itu menguris hati saya dan anak-anak.

Tetapi saya maafkan Datuk Seri Nizar sebab saya percaya Allah Taala akan menunjukkan kebenaran kepada kita semua,” katanya dalam sidang media yang diadakan di rumahnya hari ini.

Isnin lalu, Nizar dalam ceramahnya di Kuala Kangsar mengaitkan tragedi dua ahli Parlimen BN yang terbunuh dalam nahas helikopter di Sarawak, pada 5 Mei lalu sebagai balasan Allah terhadap kerajaan persekutuan susulan kebiadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merampas kerajaan negeri Perak daripada pimpinan Pakatan Rakyat pada 2009.

Calon BN PRK Kuala Kangsar Terguris


Semalam juga, anak-anak Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad berkata, mereka turut terguris dengan kenyataan Nizar.

Bercakap bagi pihak keluarganya, anak kedua pasangan itu, Wan Imar Izzat menyuarakan kekesalannya kerana Nizar sanggap mempolitikkan nahas yang menimpa arwah bapanya.

Sementara itu, Mastura menolak dakwaan beliau dipaksa untuk menjadi calon BN pada PRK Kuala Kangsar.

Calon BN PRK Kuala Kangsar Terguris.  “Saya tak pernah berbincang dengan sesiapa, saya hanya mendapat panggilan telefon daripada Menteri Besar Perak (Datuk Seri Zambry Abdul Kadir).

“Saya bukan calon paksa, saya buat semua ini atas kerelaan saya sendiri kerana merasakan saya perlu meneruskan kecemerlangan arwah untuk membantu orang Kuala Kangsar,” katanya.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...