Monday, 6 June 2016

Calon Amanah PRK Kuala Kangsar Dapat Jolokan Nama

Calon Amanah PRK Kuala Kangsar Dapat Jolokan Nama. Calon Parti Amanah Negara (Amanah) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar Dr Ahmad Termizi Ramli memdapat jolokan "Fadzil Noor" di kalangan penyokong mereka ekoran wajahnya mempunyai iras dengan bekas Presiden Pas Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor.

Jolokan Fadzil Noor itu mula dipopularkan ketika perarakan ke pusat penamaan calon semalam, apabila Ahmad Termizi diminta berucap di atas pentas pacuan empat roda yang disediakan.

Calon Amanah PRK Kuala Kangsar Dapat Jolokan Nama. Ia kemudian mula menjadi buah mulut para jentera dan penyokong yang menyedari persamaan itu.

Mungkin persamaan paling ketara adalah pada bentuk muka yang membujur dan juga jambang serta kumis berwarna putih di keliling wajahnya membuatkan Ahmad Termizi dilihat mirip tokoh politik Islam itu.

Allahyarham menjadi presiden Pas bermula 1989 hingga 2002. Beliau meninggal dunia pada 23 Julai 2002 pada usia 65 tahun dan diganti oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Presiden Pas sebelum beliau adalah Tuan Guru Yusof Rawa.

Calon Amanah PRK Kuala Kangsar Dapat Jolokan Nama


Allahyarham pernah menjadi ketua pembangkang parlimen ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketokohan, kepetahan serta pendekatan sederhana beliau disegani rakan dan lawan.

Beliau juga antara tokoh gerakan Islam di negara ini yang menjadi pelopor kepada idea kerjasama politik atas nama tahaluf siyasi dengan Semangat 46 membentuk Angkatan Perpaduan Ummah sehingga Pas berjaya memerintah Kelantan pada tahun 1990.

Calon Amanah PRK Kuala Kangsar Dapat Jolokan Nama. Allahyarham juga antara kawan paliang rapat kepada Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa di dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Hari ini, Amanah yang dipelopori bekas pemimpin Pas mendakwa mereka sedang meneruskan legasi perjuangan Fadzil Noor dan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas pemimpin Pas hari ini tidak lagi membawa perjuangan asal parti itu.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...