Sunday, 26 June 2016

Bukti Penganalisis PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar Memalukan PAS

Bukti Penganalisis PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar Memalukan PAS. Undi yang diperolehi oleh Pas dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini memalukan parti Islam itu jika dibandingkan dengan pengalaman dan jaringan akar umbinya yang besar namun Amanah jangan harap Pas akan memberikan ruang kepadanya, kata penganalisis.

Ketua Pegawai Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan dalam wawancaranya dengan akhbar Amanah berkata, perebutan selepas ini akan lebih teruk lagi dan Amanah akan menghadapi cabaran besar untuk menyaingi Pas.

Bukti Penganalisis PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar Memalukan PAS. Beliau mengulas keputusan kedua-dua PRK itu yang menyaksikan BN menang kedua-dua kerusi manakala Amanah berada di tempat kedua di Sungai Besar manakala Pas tercorot manakala, Pas pula berada di tempat kedua di Kuala Kangsar dan Amanah di tempat ketiga di hadapan calon bebas.

"Keputusan Pas agak memalukan sebab dengan pengalaman yang begitu besar dan jaringan grass-root yang meluas, kelebihan undi yang dicapai tidaklah begitu besar malahan Pas berada di tempat ketiga di Sungai Besar dengan calon sepopular Dr Rani pula tu... tetapi tidak cukup untuk meninggalkan Amanah dengan jauh," kata Wan Saiful.

Sehubungan itu, kata bekas presiden Hizbi United Kingdom, badan pelajar pro Pas itu, Pas tidak boleh ketepikan persaingan dengan Amanah ini.

Bukti Penganalisis PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar Memalukan PAS


"Pas tidak boleh pandang remeh kepada Amanah ini. Bila saya melihatnya dari jauh, ia agak memalukan kepada Pas. Bagi saya ia akan berterusan," katanya.

Bagi pengakaji itu, cabaran kepada Amanah pula adalah untuk membina kekuatan sendiri.

"Amanah berada di tempat kedua mengatasi Pas kerana dia dapat faedah dari DAP dan sokongan PKR. Jika dibahagi tiga undi, jelas Amanah masih kebelakangan.

"Perebutan selepas ini akan lebih teruk dan saya tak rasa Pas akan memberi ruang kepada Amanah untuk ambil kerusi-kerusi mereka.

Bukti Penganalisis PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar Memalukan PAS. "Amanah hadapi cabaran besar untuk menyaingi Pas. Persaingan akan berterusan, walaupun agak malang bila berlaku," katanya dalam wawancara khas beliau dengan akhbar milik Parti Amanah Negara (Amanah) keluaran terbaru yang berada di pasaran sekarang.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...