Wednesday, 8 June 2016

BN Terdesak Di PRK Sungai Besar.. Ini Buktinya?

BN Terdesak Di PRK Sungai Besar.. Ini Buktinya?Rakyat Sungai Besar akan ‘rugi’ sekiranya kerusi Parlimen itu dimenangi calon pembangkang pada 18 Jun ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika BN terus menyandang kerusi Parlimen itu, suara dan keluhan rakyat dijamin akan terus dibawa ke peringkat nasional untuk mendapat bantuan sewajarnya.

BN Terdesak Di PRK Sungai Besar.. Ini Buktinya? Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, pengundi di kawasan itu perlu tahu pentadbiran negara tidak akan berubah sekalipun pembangkang memenangi PRK berkenaan.

“Saya harap pengundi di sini akan faham, jika mahu memilih wakil rakyat, pilihlah individu yang mampu membawa suara rakyat untuk didengari ke peringkat yang lebih tinggi kerana ini bukan kerusi DUN.

“Saya juga percaya dan yakin jika pengundi Sungai Besar memenangkan BN, projek-projek pembangunan yang dirancang pada peringkat pusat boleh terus dilaksanakan,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Sungai Limau semalam.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan peranan anggota JKKKP tidak terhad kepada pentadbiran kampung semata-mata, namun perlu menjadi benteng paling hadapan untuk membantu kerajaan memberi kefahaman kepada rakyat berkaitan isu semasa.

BN Terdesak Di PRK Sungai Besar.. Ini Buktinya?


“Pada musim pilihan raya seperti ini, JKKKP yang lebih mengenali rakyat setempat harus bijak memainkan peranan dengan mengajak mana-mana individu yang dikesan sebagai pengundi berdaftar supaya keluar mengundi,” katanya.

Mengulas sasaran UMNO Bahagian Sungai Besar yang menjangkakan 5,200 undi majoriti pada PRK kali ini, Ismail Sabri berkata, ia boleh menjadi kenyataan sekiranya semua jentera BN berusaha keras.

Katanya, strategi dan gerak kerja pasti telah diatur dengan baik dan teliti oleh UMNO Selangor dan proses pelaksanaannya giat dilakukan kini.


BN Terdesak Di PRK Sungai Besar.. Ini Buktinya?


Terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos dalam ucapannya menyatakan sasaran 5,200 undi majoriti tersebut perlu dicapai bagi membuktikan kekuatan BN di kawasan berkenaan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, BN mengekalkan kedudukan di kerusi Parlimen tersebut selama tiga penggal berturut-turut menerusi kemenangan yang diraih penyandangnya, Tan Sri Noriah Kasnon dengan majoriti 399 undi.

BN Terdesak Di PRK Sungai Besar.. Ini Buktinya? Bagaimanapun, pada 5 Mei lepas, Noriah maut dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak menyebabkan kerusi berkenaan kosong.

PRK Sungai Besar akan diadakan pada 18 Jun ini dengan pengundian awal ditetapkan pada 14 Jun ini.




1 comment:

  1. Cakap je tu. Tengoklah projek perumahan di kawasan parlimen Semberong. Dah berapa kali PRU. MP nya bukan calang2 lagi, menteri tu.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...