Saturday, 4 June 2016

Beginilah Cara Calon BN PRK Kuala Kangsar Berkempen

Beginilah Cara Calon BN PRK Kuala Kangsar Berkempen. “Insya-Allah, emak saya akan teruskan perjuangan ayah untuk parti…” Itulah kata-kata yang sering diungkapkan Wan Emir Astar, 26, anak kepada calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid untuk PRK Kuala Kangsar, setiap kali bertemu penduduk di kawasan berkenaan.

Anak muda yang menggalas tanggungjawab besar itu sedar akan kekangan ibunya yang masih dalam edah selepas kematian bapanya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Beginilah Cara Calon BN PRK Kuala Kangsar Berkempen. Biarpun raut wajahnya masih bersedih atas kehilangan itu, namun senyumannya tetap terukir. Wan Emir bersama tiga adiknya, Wan Imar Izzat, 25, Wan Iskandar, 23, dan Wan Muhammad Amar, 19, jelas tidak kekok berdepan orang ramai dan beramah mesra dengan penduduk.

Penduduk kawasan berkenaan yang ditemui Bernama turut menzahirkan simpati kepada mereka, selain memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada ibu mereka bagi meneruskan perjuangan membela penduduk kawasan itu.

Sementara itu, ADUN Bukit Chandan, Maslin Sham Razman dan ADUN Manong, Kamil Shafie (yang terletak di bawah kawasan Parlimen Kuala Kangsar) ketika ditemui Bernama berkata, mereka yakin pengundi akan terus menyokong perjuangan anak-anak Allahyarham dan Mastura demi kelangsungan agenda pembangunan.


Beginilah Cara Calon BN PRK Kuala Kangsar Berkempen


Maslin Sham berkata, jentera kempen BN tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkempen walaupun Mastura tidak dapat turut serta.

“Kehadiran anak-anak Datin Mastura mewakili ibu mereka sudah mencukupi. Mereka (anak-anak Mastura) juga sudah biasa dengan penduduk dan politik di sini,” katanya.

Beginilah Cara Calon BN PRK Kuala Kangsar Berkempen. Dalam pada itu, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, Pemuda UMNO akan terus membantu anak-anak Mastura dalam kempen PRK itu, terutama dalam menangkis segala tohmahan terhadap ibu mereka yang disebarkan menerusi media sosial.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini, manakala penamaan calon ditetapkan pada Ahad ini.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...