Thursday, 23 June 2016

Azmin Ali Kecewa Dengan PAS

Azmin Ali Kecewa Dengan PAS. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui komunikasi dengan pucuk pimpinan tertinggi PAS berdepan kesukaran kerana parti Islam itu lupa prinsip asas pakatan pembangkang.

“Saya boleh terima perbezaan pendapat tetapi tidak patut merosak dan memusnahkan pakatan yang dibuna sejak 1998. Penubuhan pakatan ini bukan perkara mudah kerana DAP dan PAS boleh duduk semeja, ini tidak pernah berlaku.

Azmin Ali Kecewa Dengan PAS. “Saya sedikit kecewa kerana ada pucuk pimpinan tertinggi PAS lupa prinsip paling asas pakatan. Ini perkara berbahaya, kami perlu saling menghormati bukan hanya melindungi idea dan pendirian sendiri,” kata Timbalan Presiden PKR itu dalam wawancara dengan akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily.

Azmin berkata pengakuan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang parti Islam itu tidak boleh berjuang bersendirian menunjukkan masih ada peluang mengadakan rundingan dan hanya pendirian sesetengah individu dalam PAS agak keras.

Menteri besar Selangor itu menjelaskan, kekalahan di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak bermakna parti pembangkang tidak boleh bangkit semula.

Azmin Ali Kecewa Dengan PAS


“Untuk bangkit semula, pembangkang perlu lebih jujur, hormat pendapat berbeza, parti dan pemimpin lain, sedar terhadap realiti rakyat mahu parti pembangkang yang kuat dan bersatu.

“Proses ini walaupun susah tetapi kita tidak patut putus asas. Penyatuan semula parti pembangkang memerlukan kerjasama semua pihak,” katanya sambil berharap semua pemimpin boleh bersikap terbuka dan terima hakikat rakyat mahu perubahan.

Anak angkat Dr Mahathir

Sementara itu, Azmin yang pernah dianggap “anak angkat” Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui hubungannya dengan bekas perdana menteri itu amat baik, namun menegaskan kesetiaannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana tegasnya, sebagai seorang yang berprinsip, beliau tidak pernah meninggalkan Anwar selepas dipecat daripada Kabinet pada 1998.

Azmin Ali Kecewa Dengan PAS


“Malah, dalam tempoh 17 tahun saya tidak pernah berjumpa dengan Mahathir sehinggalah raya tahun lalu, Mahathir melalui orang tengah menyuarakan hasrat untuk berjumpa saya.

“Saya jumpa Mahathir bersendirian selepas mendapat persetujuan Anwar,” katanya sambil menambah beliau tidak boleh menerima tuduhan Mahathir terhadap Anwar kerana ia dakwaan kejam dan tidak baik.

Azmin berkata, beliau berpeluang menjadi pembantu Anwar atas syor Dr Mahathir selepas tamat pengajian di Amerika Syarikat dan pulang ke tanah air.

Azmin Ali Kecewa Dengan PAS. Jelasnya, beliau terpaksa membuat pilihan antara pemimpin nombor satu dan dua negara, selepas Anwar disingkirkan daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 2 September 1998.

“Mereka berdua amat berpengaruh tetapi saya pilih kewajaran.

“Jika saya tinggalkan Anwar demi jawatan, ia amat kejam buat saya dan Anwar. Saya putuskan untuk tidak bersama Mahathir dan melindungi Anwar kerana saya tahu beliau orang yang baik dan bersih,” katanya yang pernah berkhidmat untuk Anwar selama 14 tahun.



Mohon sumbangan


4 comments:

  1. kamu silap Azmin - PKR yang berkiblatkan DAP - kini mahu menyalahkan PAS pula

    ReplyDelete
  2. Jgn kira kecewa kita jer...kecewa org lain xnk amik kira?

    ReplyDelete
  3. Ini bukan masaalah dap atau pas..tapi pas dan dap dah blh berkerjasama,tapi mengapa berpecah..rakyat yg menentang bn dah seronok apabila pas dan dap bersatu..bersatu ni pun atas usha pemimpin pas(ustad fadzil)..jadi memang kita kecewa..

    ReplyDelete
  4. Org Pas jgn la taksub sangat dgn tuan presiden... semua org pernah buat silap ... mana yg tak betul kita tegur dan betulkan... dgn jiwa yg terbuka... jangan sempitkan minda seolah-olah Allah utk org islam & melayu shj... Agama islam rahmat utk sekalian alam... sepatutnya kita berbaik kepada yg ingin kebaikan dan tolak kepada kezaliman manusia...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...