Tuesday, 7 June 2016

Apa Pun Keputusan PRK Sg Besar, PAS Tidak Akan Letak Jawatan Exco

Apa Pun Keputusan PRK Sg Besar, PAS Tidak Akan Letak Jawatan Exco. Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata walau apapun keputusan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini, Pas akan tetap bersama kerajaan dan memegang kerusi exco dalam kerajaan negeri itu.

Parti Amanah Negara (Amanah) kata beliau boleh terus menyimpan harapan mereka untuk menggantikan Pas dalam kerajaan Selangor.

Apa Pun Keputusan PRK Sg Besar, PAS Tidak Akan Letak Jawatan Exco. "Amanah perlu ingat, Pas, DAP dan PKR yang membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, sebelum wujudnya Amanah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menjawab desas-desus exco Pas perlu meletak jawatan dan digantikan dengan Amanah sekiranya undi calon Pakatan Harapan melebihi undi Pas dalam PRK nanti.

Turut hadir, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan calon Pas bagi PRK Sungai Besar Dr Abdul Rani Osman.

Apa Pun Keputusan PRK Sg Besar, PAS Tidak Akan Letak Jawatan Exco


PRK Sungai Besar diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pada PRK ini, Dr Abdul Rani berdepan pertandingan tiga penjuru dengan menentang calon BN yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi dan calon Amanah yang juga Pengerusi Amanah Sungai Besar Azhar Abdul Shukur.

Apa Pun Keputusan PRK Sg Besar, PAS Tidak Akan Letak Jawatan Exco. Tiga anggota exco Pas Selangor ialah Iskandar yang merupakan exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor (exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi); serta Zaidy Abdul Talib (exco Infrastruktur Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani).

Iskandar bagaimanapun enggan mengulas mengenai kedudukan Pas bagi menghadapi PRU14 kerana masih terlalu awal untuk dibincangkan, lapor Malaysia Dateline.






1 comment:

  1. PRK Sungai Besar bukan pertandingan 3 penjuru, tetapi hakikatnya adalah pertandingan 2 penjuru antara BN + PAS vs PH.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...