Monday, 20 June 2016

Anton Yelchin Pelakon Star Trek Mati

Anton Yelchin Pelakon Star Trek Mati. Pelakon kelahiran Russia, Anton Yelchin, 27, mati pada awal pagi Ahad apabila keretanya bergerak dan melanggarnya di laluan masuk ke rumah aktor itu. 

Yelchin meninggal dunia sejurus selepas jam 1.00 pagi waktu tempatan ketika keluar dari kereta di laluan curam kediamannya di Los Angeles dan ia berundur, kata jurucakap Jabatan Polis Los Angeles, Jenny Houser. 

Anton Yelchin Pelakon Star Trek Mati.  "Kereta itu menghimpitnya pada tembok batu dan pagar keselamatan dan trauma itu membawa kepada kematiannya," kata Houser. 

Bintang 'Star Trek' itu dijangka mengadakan latihan penggambaran dan apabila beliau tidak muncul, rakannya pergi ke rumah beliau dan mendapati Yelchin sudah meninggal dunia. 

Kematian Yelchin menyebabkan ramai pelakon dan orang lain yang pernah berlakon dan mengenalinya terkejut. Ramai yang memberi reaksi menerusi Twitter. 

Anton Yelchin Pelakon Star Trek Mati


"Masih terkejut. Bersemadilah dengan aman, Anton. Minat dan semangat anda akan terus hidup bersama semua yang gembira mengenali anda," tweet Justin Lin, yang mengarahkan Yelchin dalam filem Star Trek ketiganya. 

John Cho, yang melakonkan watak Sulu dalam filem Star Trek terbaharu menulis: "Saya cukup sayangkan Yelchin. 

Anton Yelchin Pelakon Star Trek Mati


Beliau artis sebenar, lucu, cantik, berani. Beliau rakan yang baik dan anak lelaki hebat. Saya amat sedih." 

Anton Yelchin Pelakon Star Trek Mati.  Pelakon itu memegang watak Chekov dalam siri Star Trek, termasuk 'Star Trek' pada 2009, 'Star Trek Into Darkness' pada 2013 dan siri terbaru, 'Star Trek Beyond', yang dijangka ditayangkan pada 22 Julai. 




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...