Tuesday, 7 June 2016

Amerika Syarikat Bakal Dedah Skandal 1MDB?

Amerika Syarikat Bakal Dedah Skandal 1MDB? Pihak berkuasa Amerika Syarikat sedang cuba mengenal pasti sama ada Goldman Sachs Group Inc melakukan kesalahan atas kegagalannya melaporkan sebuah transaksi di Malaysia, lapor The Wall Street Journal yang memetik sumber yang dekat dengan siasatan tersebut.

Siasatan tertumpu pada AS$3 bilion oleh Goldman Sachs melalui pengeluaran bon kepada syarikat milik kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Amerika Syarikat Bakal Dedah Skandal 1MDB? Penyiasat cuba memastikan sama ada bank mematuhi Akta Rahsia Perbankan, akta utama di AS yang mengawal pengubahan wang.

Laporan itu berkata separuh daripada hasil jualan itu, yang dipindahkan Goldman Sachs ke sebuah akaun bank di Switzerland milik 1MDB, hilang manakala sebahagiannya disimpan dalam akaun milik perdana menteri Malaysia.

Amerika Syarikat Bakal Dedah Skandal 1MDB?


Penyiasat percaya Goldman Sachs mempunyai asas untuk merumuskan yang wang tersebut tidak digunakan untuk tujuan asal, kata laporan itu.

WSJ juga melaporkan bank tersebut tidak dituduh melakukan kesalahan.




1 comment:

  1. Saya berpandangan ini hanyalah ugutan kpd najib agar selepas ini najib terpaksa menurut segala kata2 USA..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...