Monday, 20 June 2016

Amanah Buat Kejutan

Amanah Buat Kejutan. Jumlah undi diperoleh yang tidak jauh berbeza dengan Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar bukti rakyat sudah mulai menerima Amanah.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil berkata, rekod calon Amanah sebanyak 7,609 undi di Sungai Besar dan 4,883 undi lagi di Kuala Kangsar bukti dakwaan kononnya Amanah parti nyamuk ternyata jauh meleset.

Amanah Buat Kejutan. "Amanah bukan parti nyamuk. Pungutan undi yang lebih kurang dengan Pas di Kuala Kangsar petunjuk penting bahawa bukan sedikit Melayu yang kenal dan sudah boleh terima Amanah.

"Keputusan PRK semalam juga bukti sokongan non Muslim kepada Amanah sebagai parti Islam dan ini satu kejayaan kepada perjuangan kita," ujarnya.

Mengulas tentang sokongan Melayu yang masih tinggi terhadap Umno-BN, Faiz berpendapat, Pas juga lebih lama gagal menangani trend berkenaan.

Amanah Buat Kejutan


"Bab undi Melayu kepada parti pembangkang, itu sudah jadi semacam penghalang purba yang sudah 70 tahun tidak dapat Pas pecahkan," tegas beliau.

Apa yang penting, tambahnya, respon positif pengundi secara keseluruhannya terhadap Amanah yang sentiasa bersama Pakatan Harapan untuk terus memperjuangkan isu rakyat semakin mendapat sambutan menggalakkan.

"Perkukuh akar umbi dan tambah baik keberkesanan kerja jentera pilihan raya menuju PRU14 ini. Usah berputus asa. Masa depan berada di tangan kita," ujarnya lagi.

Amanah Buat Kejutan


Bagi P.93 Sungai Besar, Amanah sebagai parti baharu yang usianya bakal genap setahun September depan telah mendahului Pas dengan 7,609 undi manakala di P.67 Kuala Kangsar, Amanah hanya kurang 801 undi daripada calon Pas.

Sementara itu prestasi Pas bagi kedua-dua Parlimen itu menjunam teruk apabila hilang 18,846 undi yang pernah diterimanya pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Amanah Buat Kejutan. Untuk rekod, PRK di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah penampilan sulung Amanah dalam pentas demokrasi di Semenanjung selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11, 7 Mei lalu.




3 comments:

  1. dapat undi Cina, undi Melayu hanya sekerat aje

    ReplyDelete
  2. Amanah harus bertanding di setiap kerusi di Kelantan dan Terenggnau. Kasi ajar PAS yang ego. Insya ALlah Amanah akan menang besar.

    ReplyDelete
  3. Itu baru prk..amanah akan kecundang teruk dalam PU nanti

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...