Friday, 3 June 2016

Allahyarham Menantu Zahid Hamidi Ada Alahan Ubat dan Masalah Asma

Allahyarham Menantu Zahid Hamidi Ada Alahan Ubat dan Masalah Asma. Menantu Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang dilaporkan mempunyai masalah asma dan alergi kepada ubat-ubatan dipercayai diberikan suntikan dua jenis ubat ketika mendapatkan rawatan di klinik pergigian di Bangsar, kelmarin.

Menurut laporan China Press, sebelum mencabut gigi di klinik pergigian itu kelmarin, doktor gigi dikatakan telah memberi suntikan ubat tahan sakit, Pethidine dan ubat sedatif, Midazolam kepada Syed Alman Zain.

Allahyarham Menantu Zahid Hamidi Ada Alahan Ubat dan Masalah Asma. Laporan bedah siasat Allahyarham telah disiapkan pada jam 4.30 pagi semalam, namun punca kematian Syed Alman Zain hanya akan diketahui selepas laporan kimia dikeluarkan.

Dalam pada itu, tiga pegawai dari Kementerian Kesihatan telah pergi ke klinik pergigian itu pada jam 1 tengah hari semalam untuk memahami keadaan sebenar dan mereka hanya keluar pada jam 3 petang.

Difahamkan, Allahyarham ditemani seorang rakan kongsinya yang mempunyai gelaran ‘Datuk’ tiba di klinik berhampiran syarikatnya itu pada jam 7.30 malam Rabu lalu.

Bagaimanapun, tidak sampai 40 minit beliau dikatakan mula menghadapi masalah kekurangan oksigen menyebabkan tujuh kakitangan klinik itu terpaksa memberikan rawatan kecemasan.

Difahamkan, polis telah mendapatkan keterangan doktor gigi terbabit yang mengaku telah menyuntik ubat penenang dan tahan sakit kepada Allahyarham.

Allahyarham Menantu Zahid Hamidi Ada Alahan Ubat dan Masalah Asma


Buat masa ini, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut (SDR).

Media sebelum ini melaporkan Allahyarham yang tidak sedarkan diri ketika berada di klinik itu telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan disahkan meninggal dunia.

Syed Alman Zain adalah seorang graduan teknologi maklumat dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Ketua Pegawai Eksekutif iGEN Technology (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat vendor perisian bebas.

Semalam, Pusat Pakar Pergigian Imperial dalam satu kenyataan menegaskan prosedur bius ketika pembedahan gigi Syed Alman Zain dilakukan di bawah pengawasan “pengamal perubatan terlatih”.

Allahyarham Menantu Zahid Hamidi Ada Alahan Ubat dan Masalah Asma. PPUM turut menafikan dakwaan Syed Alman Zain menerima rawatan pergigian di pusat perubatan itu.

Syed Alman Zain, 44, meninggalkan seorang isteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, 37, dan tiga anak iaitu Arjuna Iskandar, Zaheed Alwi dan Khadeeja Sofea.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...