Saturday, 18 June 2016

Akhirnya PAS Dan BN Bergaduh Di PRK Kuala Kangsar

Akhirnya PAS Dan BN Bergaduh Di PRK Kuala Kangsar. Pergaduhan tercetus antara penyokong PAS dan penyokong BN di sini petang tadi, menyebabkan seorang penyokong BN cedera di kepala.

Faizul Fadli Yaakob, 31 tahun, cedera di kepala sehingga terpaksa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar akibat didakwa dipukul dengan kayu oleh seorang penyokong PAS.

Akhirnya PAS Dan BN Bergaduh Di PRK Kuala Kangsar. Dalam rakaman yang dikongsikan di halaman Facebook Friend of PAS, pergaduhan itu tercetus di hadapan Bilik Gerakan PAS UPU Taman Bunga Raya petang tadi.

Dalam rakaman itu, sejumlah sepuluh penyokong BN bertikam lidah dengan penyokong-penyokong PAS.

“Jangan kacau markas kami. Kami tak kacau markas kamu. Biarkan,” kata seorang perempuan dipercayai penyokong PAS, cuba meredakan keadaan.

Menurut adik mangsa, Mohd Faris Solehin Yaakob, 23 tahun, yang terlibat dalam pergaduhan, ia bermula apabila rombongan yang diketuai MB Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman singgah ke markas PAS ketika berkempen di rumah sekitarnya.

Akhirnya PAS Dan BN Bergaduh Di PRK Kuala Kangsar

“Kebetulan kami baru selesai melawat rumah di sekitar. Kami mahu mengagihkan nasi dagang kepada mereka tapi mereka tidak mahu terima.

“Pertelingkahan tercetus. Seorang daripada mereka menolak ayah saya sehingga jatuh. Saya pukul balik, takkan nak biarkan mereka buat ayah saya macam itu.

“Pergaduhan pun tercetus, dan ada seorang yang memegang bendera PAS memukul kepala abang saya dengan kayu bendera sehingga berdarah,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Kangsar tadi.

Pergaduhan terlerai tidak lama kemudian kerana perlu membawa Faizul Fadli ke hospital untuk dirawat.


Akhirnya PAS Dan BN Bergaduh Di PRK Kuala Kangsar


Bapa mangsa, Yaakob Saarih, 63 tahun membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata, pihaknya turut membuat laporan polis di IPD Kuala Kangsar berhubung insiden itu.

“Ia bermula kerana mereka (BN) ceroboh tempat kita. Malah seorang petugas kami juga ditendang.

Akhirnya PAS Dan BN Bergaduh Di PRK Kuala Kangsar.  Sekarang kami sedang buat laporan polis, dan kita serahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.

FMT sedang menunggu pengesahan polis berhubung kedua-dua laporan itu.


Lihat video di SINI.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...