Monday, 13 June 2016

Akhirnya Husam Musa Muncul Di PRK Kuala Kangsar

Akhirnya Husam Musa Muncul Di PRK Kuala Kangsar. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa berkata, dalam keadaan tidak ada sesiapa yang boleh menyentuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika ini termasuk kuasa Raja-Raja, rakyat di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pula mempunyai peluang itu dan ia seharusnya diguna sebaik mungkin.

"Satu -satunya kuasa yang masih berbaki adalah kuasa rakyat. Ukuran awal kesedaran rakyat terhadap mala petaka 1MDB sepatutnya boleh dilihat melalui dua PRK ini.

Akhirnya Husam Musa Muncul Di PRK Kuala Kangsar. "Semua pihak, khususnya para pengundi di PRK ini, mempunyai tugas besar membetulkan negara dengan menghantar isyarat yang dapat ditelan oleh Najib - pengkhianatan ke atas negara melalui 1MDB tidak dapat dimaafkan.

"Calon BN Najib wajib ditolak. Itu bahasa yang difahami oleh Najib," kata bekas naib presiden yang dipecat dari Pas itu ketika berucap pada majlis Kolokium Rakyat 1MDB, bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Kangsar hari ini.

Menurut Husam, jika calon BN tidak dikalahkan, Najib akan menganggap dirinya kebal dan RM62 billion tanggungan 1MDB dengan sebahagian besar darinya hilang, akan menjadi himpunan kekayaan kepada seorang dua individu.


Akhirnya Husam Musa Muncul Di PRK Kuala Kangsar


Mengulas lanjut, Adun yang baru dipecat daripada Pas itu dalam nada kecewa berkata, negara buat masa ini tidak ada mekanisma membetulkan kesalahan ketua negara bergelar Perdana Menteri.

Katanya, dalam keadaan semua bukti menjurus menunjukkan negara telah dikhianati dengan pecah amanah yang lebih besar dari gunung, semua institusi penguatkuasaan menjadi lemah dan berada dalam genggaman satu pihak.


Akhirnya Husam Musa Muncul Di PRK Kuala Kangsar


Sekalipun mengakui kuasa undi rakyat masih boleh untuk 'menyentuh' Najib, Husam bagaimanapun sedar ia masih berdepan halangan besar.

Ia kerana di bawah Akta MKN, Najib selaku Perdana Menteri diberi kuasa mengisytiharkan darurat tanpa perlu kepada perkenan Yang DiPertuan Agong.

Akhirnya Husam Musa Muncul Di PRK Kuala Kangsar. "Kuasa Rakyat mungkin akan tersalur menerusi pilihanraya. Tetapi, dengan pindaan Akta MKN (Majlis Keselamatan Negara), adakah Kuasa Rakyat akan diatasi oleh kuasa yang lain," soal beliau.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...