Wednesday, 1 June 2016

Akhirnya Calon Amanah Bagi PRK Kuala Kangsar Dan PRK Sungai Besar Terbongkar?

Akhirnya Calon Amanah Bagi PRK Kuala Kangsar Dan PRK Sungai Besar Terbongkar?Menjelang pengumuman calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar malam ini dan Kuala Kangsar esok, teka-teki bagi kedua-dua calon hampir terjawab.

Di Sungai Besar nama Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Parlimen Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur disebut-sebut akan diumumkan malam ini.

Malaysiadateline difahamkan, nama Azhar, 50, yang juga anak tempatan dan bekas guru itu calon tunggal yang dikemukakan Amanah Selangor kepada Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional.

Akhirnya Calon Amanah Bagi PRK Kuala Kangsar Dan PRK Sungai Besar Terbongkar? "Apapun, keputusan akhir hanya akan ditentukan oleh Amanah Nasional," kata sumber yang rapat dengan Amanah Selangor kepada Malaysiadateline.

Bagi PRK Kuala Kangsar, dua nama disebut-sebut iaitu bekas pensyarah Profesor Dr Ahmad Termizi Ramli dan seorang anak muda Hasnul Zulkarnain yang juga Ketua Parlimen Amanah Kuala Kangsar.

Sementara itu, Malaysiadateline juga difahamkan bahawa Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional mengadakan mesyuarat khas pagi ini bagi memuktamadkan calon bagi kedua-dua PRK itu yang akan diumumkan pada majlis berasingan malam ini dan esok.

Akhirnya Calon Amanah Bagi PRK Kuala Kangsar Dan PRK Sungai Besar Terbongkar?


Majlis Pengisytiharan calon Sg. Besar malam ini akan berlangsung di Dewan Sri Sekinchan, manakala bag Kuala Kangsar malam esok akan berlangsung di Kota Lama Kanan, Jambatan Sayong.

Pengisytiharan kedua-dua calon Amanah bagi mewakili Pakatan Harapan ini akan disempurnakan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Khamis lalu, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan telah membuat keputusan bahawa mereka akan menghantar calon bagi kedua-dua PRK itu selepas rundingan dengan Pas menemui jalan buntu, lapor Malaysia Dateline.




1 comment:

  1. Ok. Selepas ini biar rakyat kuala kangsar dan sg besar memilih siapakah calon paling layak untuk mereka. Kita orang luar ni belajarlah menerima pilihan orang lain dgn hati terbuka.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...