Sunday, 12 June 2016

Ada Menteri Tidak Tahu Sewa Tapak Bazar Ramadhan Cecah RM39 Ribu?

Ada Menteri Tidak Tahu Sewa Tapak Bazar Ramadhan Cecah RM39 Ribu? Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin hanya pandai bercakap sebaliknya gagal turun padang menyelesaikan masalah yang dihadapi peniaga.

Bidasan itu dibuat Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS) Mohd Ridzuan Abdullah selepas mendakwa peniaga bazar Ramadan dikenakan caj sewa tapak niaga yang terlalu tinggi, mencecah RM39 ribu oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ada Menteri Tidak Tahu Sewa Tapak Bazar Ramadhan Cecah RM39 Ribu? “Sebaliknya pihak KPDNKK menyalahkan pihak peniaga apabila harga makanan dinaikkan bagi menampung kos tapak yang terlalu tinggi itu.

“Menteri sepatutnya turun padang dan menyelesaikan masalah peniaga kerana bazar Ramadan di bawah seliaan KPDNKK. Mereka dikenakan caj sewaan tapak dari RM10 ribu hingga RM39 ribu.

“KPDNKK juga tidak seharusnya menyalahkan peniaga semata-mata apabila mengenakan harga makanan mahal. 


Ada Menteri Tidak Tahu Sewa Tapak Bazar Ramadhan Cecah RM39 Ribu?


KPDNKK hanya tahu salahkan peniaga, mereka tidak tahu masalah ini berpunca daripada pihak lain, sepatutnya mereka berunding dengan pihak PBT yang mengenakan sewa yang tinggi,” katanya kepada FMT.

Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya Hamzah selaku menteri yang bertanggungjawab kena perbanyakkan aktiviti turun padang melihat sendiri masalah yang dihadapi peniaga.

Ada Menteri Tidak Tahu Sewa Tapak Bazar Ramadhan Cecah RM39 Ribu? “Kami harap menteri ini jangan menggunakan teori (pandai bercakap), sebaliknya kena praktikal (turun padang), kalau cara menteri nak selesaikan masalah rakyat pun tak betul kesannya adalah kepada kerajaan, kerana rakyat akan mula hilang sokongan terhadap pemerintah (BN),” katanya.



2 comments:

  1. Sekarang saya tak tahu apa pendirian mereka tetapi jika mereka masih fikir mahukan perubahan kerajaan, saya nasihatkan supata tak payahlah balik mengundi.

    “Sebab menang atau kalah, kerajaan BN tetap tidak akan berubah malah tida memberi apa-apa kesan pun,” kata Ahmad Maslan

    ReplyDelete
  2. Masa dilantik semua berjanji bila sudah menang tinggal janji itulah politik berideologi akal manusia bukan politik mengikut acuan akidah dan wahyu dari Allah.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...