Wednesday, 11 May 2016

Umno Tak Kotor Kata Zahid Hamidi

Umno tak kotor kata Zahid Hamidi. ‘Wartawan Internet’ tidak mempunyai asas untuk mengeluarkan pendapat sewenang-wenangnya mengenai UMNO hingga memberikan persepsi umum menunjukkan parti itu ‘kotor’, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid dalam temu bualnya bersama Berita Harian sempena sambutan ulang tahun ke-70 parti Melayu terbesar itu berkata ini kerana UMNO tidak ‘sekotor’ yang digambarkan kelompok penulis laman sosial di Internet.

“UMNO tidak sekotor sebagaimana persepsi tulisan wartawan yang tidak beretika di luar media konvensional seperti dalam Facebook, Whatsapp, YouTube serta Telegram.

Umno tak kotor kata Zahid Hamidi. “Mereka cuma mengeluarkan pendapat masing-masing yang akhirnya menimbulkan pengikut, (kemudian) diviralkan kerana memang mudah kita menyatakan pendapat yang tidak berasaskan penulisan beretika dalam bidang kewartawanan,” katanya.

Katanya, 87% daripada maklumat kumpulan wartawan Internet ini hanya bertujuan mempengaruhi masyarakat dan menimbulkan persepsi.

“Apabila pemikiran sudah dipengaruhi, ia menimbulkan persepsi. Apabila persepsi tidak diuruskan, ia akan menyebabkan pembuat keputusan membuat keputusan berdasarkan pengaruh,” katanya.

Umno tak kotor kata Zahid Hamidi

Bagaimanapun, katanya, soal kredibiliti sesuatu maklumat daripada media sosial termasuk portal berita kini sudah mula dipertikaikan.

“Kita tahu berita mereka berdasarkan agenda media dan kita tahu agenda mereka tidak difahami ramai orang,” katanya, lapor FMT.



3 comments:

  1. Pemimpin UMNO Kotor....jadi UMNO pun di kira kotor jugak...

    ReplyDelete
  2. Memanglah UMNO tak kotor, tapi ahli2nya banyak yg KOTOR!!

    ReplyDelete
  3. Memang umno tak kotor tetapi telah dikotori...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...