Saturday, 21 May 2016

Ulama Sahkan Azmin Ali Ugut Exco PAS

Ulama sahkan Azmin Ali ugut Exco PAS. Tiga EXCO PAS di Selangor memang diberi kata dua oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya meletak jawatan sekiranya parti Islam itu berkeras mahu bertanding PRK Parlimen Sungai Besar.

Pendedahan itu dibuat Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berdasarkan maklumat yang diterima pihak partinya.

Malah, menurut Khairuddin, penafian yang dibuat Azmin kepada pihak media juga tidak benar.

Ulama sahkan Azmin Ali ugut Exco PAS. “Azmin ‘terkantoi’ berbohong kepada wartawan, kononnya tidak pernah arahkan EXCO PAS (Selangor) letak jawatan sedangkan memang ‘confirm’ dia (Azmin) arahkan EXCO PAS meletakkan jawatan jika PAS terus bertanding di Sungai Besar,” katanya kepada FMT.

Malah Ahli Parlimen Kuala Nerus turut mendakwa Azmin bertindak seperti itu kerana ditekan oleh pimpinan Pakatan Harapan yang mahu meletakkan calon mereka.

“Sesama Pakatan Harapan pun tekan dia (Azmin) dalam isu Deklarasi Rakyat. Pakatan Harapan tekan dia isu bertanding PRK Sungai Besar, jadi nak lepaskan diri dia ‘melibas’ semua orang termasuk Presiden PAS,” katanya.

Ulama sahkan Azmin Ali ugut Exco PAS

Khairuddin melahirkan rasa kesal atas kenyataan terbaharu Azmin yang kelihatan menyindir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti.

Kenyataan seolah sindiran itu merupakan jawapan Azmin kepada Hadi yang menyangkal adanya rundingan rasmi pengagihan kerusi PRK antara PAS dan PKR.

Menurut Azmin rundingan dilakukan dengan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali dan setiausaha politik kepada Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Ulama sahkan Azmin Ali ugut Exco PAS. PAS mengambil pendekatan memaafkan perbuatan Azmin, malah memahami stuasi yang sedang dihadapi Menteri Besar Selangor itu.

“Kita maafkan Azmin atas ‘kecelaruan’ fikiran dia akhir-akhir ini,” katanya.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...