Monday, 23 May 2016

Tunku Mahkota Johor Buat Kejutan Lagi..

Tunku Mahkota Johor buat kejutan lagi. “Apa yang menyakitkan anda pada hari ini akan membuat anda lebih kuat pada masa yang akan datang..”

Demikian titah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook rasmi pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di sini hari ini.

Baginda dipercayai menujukan kenyataan berbentuk nasihat itu secara tidak langsung kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pahang FC, Fahrizal Hasan.

Tunku Mahkota Johor buat kejutan lagi. “Jangan risau wahai sahabatku,” titah baginda lagi dalam kenyataan ringkas yang disertai dengan singkatan CC: Bekas CEO Pahang FC tersebut.

Malam tadi, JDT menewaskan pasukan Pahang 6-0 di Stadium Darul Aman dalam aksi pertama pusingan kedua Liga Super musim ini.

Tunku Mahkota Johor buat kejutan lagi


Sementara itu, Pengurus dan Ketua Jurulatih JDT, Mario Gomes berkata, beliau sangat gembira dengan persembahan yang dipamerkan anak buahnya.

“Saya gembira dengan keputusan yang diperolehi. Tetapi itu sudah berlalu. Sekarang saya perlu menyediakan pasukan untuk perlawanan AFC.

“Saya gembira dan saya berharap peminat juga menjalani hari yang indah,” katanya.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...