Saturday, 14 May 2016

Tanpa Disedari Menteri Ni Ludah Ke Muka Sendiri?

Tanpa disedari menteri ni ludah ke muka sendiri? Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail seorang amatur yang belum pandai cara seorang ahli politik, kata ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Wan Azizah bahawa kekalahan pembangkang dalam pilihan raya negeri Sarawak sebahagian besarnya kerana BN mempunyai jentera dan sumber yang besar, termasuk jentera kerajaan.

“Ini orang kata kuali mengata belanga hitam. Bolehkah Azmin (Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) bagi jaminan dia tidak akan turun dan menggunakan jentera-jentera kerajaan Selangor untuk membantu calon mereka di Sungai Besar?

Tanpa disedari menteri ni ludah ke muka sendiri? “Saya tidak percaya,” katanya dan menambah Wan Azizah terlupa PKR memerintah Selangor dan walaupun beliau mahu menjadi Menteri Besar, jawatan itu terlepas kepada Azmin.

“Wan Azizah sebenarnya seorang amatur, belum profesional jadi orang politik. Azmin ahli PKR, bolehkah Azmin bagi jaminan dia tidak akan guna kemudahan yang ada pada beliau sebagai MB,” katanya.

Nazri Aziz berkata demikian kepada pemberita sesuai melawat Pasar Seni hari ini. Nazri tidak menolak kemungkinan pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Ketika diminta mengulas spekulasi pembangkang akan berpecah sekiranya berlaku pertembungan antara sekutu dalam PRK kali ini, Nazri berkata:

“Kita bertanding untuk menang, kita tak bimbang nasib pembangkang. Samada pertandingan tiga penjuru atau satu lawan satu, UMNO akan tetap bertanding dan kita akan bekerja untuk memastikan kemenangan calon kita.

Tanpa disedari menteri ni ludah ke muka sendiri?

“Apa yang berlaku dalam pembangkang tidak penting bagi kami.”

Dalam PRN Sarawak baru-baru ini, pembangkang kehilangan lima kerusi yang diperolehi mereka dalam pilihan raya negeri 2011.

Meskipun ramai berpendapat pembangkang tumpas angkara pertelagahan antara dua komponen terkuat Pakatan Harapan, Wan Azizah tegas mengatakan kekuatan jentera BN menyebabkan lapangan perlawanan tidak sama rata, lapor Free Malaysia Today.

Nazri Aziz ni lupa diri ke? Selama ini Umno BN guna segala jentera kerajaan untuk kekal berkuasa sehingga ke hari ini. Tak tahu atau buat-buat tak tahu.. Jikalau Umno BN tak perkudakan jentera kerajaan dah lama mereka kalah. Inilah cara kebanyakan pemimpin dunia ketiga untuk terus kekal berkuasa..

Perpecahan pembangkang menguntungkan Umno BN.. Bolehkah Nazri Aziz cakap dia tidak mengambil peduli perkara tersebut. Ramai yang percaya perpecahan pembangkang hari inilah adalah hasil usaha Umno BN selama ini..





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...