Sunday, 29 May 2016

Strategi PAS Di PRK Sungai Besar Terkoyak?

Strategi PAS Di PRK Sungai Besar Terkoyak? Setiausaha Organisasi AMANAH Suhaizan Kayat mendakwa strategi PAS meletakkan ADUN Meru Dr Abdul Rani Othman sebagai calon di Sungai Besar adalah untuk memberi kemenangan kepada BN.

Katanya, meletakkan Rani sebagai calon PAS juga menunjukkan kerjasama tersirat dengan UMNO.“Strategi BN letak (ADUN Sungai Besar) Budiman Mohd Zuhdi adalah untuk dapatkan sokongan Melayu.

Strategi PAS Di PRK Sungai Besar Terkoyak?  “Strategi PAS letakkan Rani untuk tarik sokongan Cina yang tidak diperoleh BN. Bukan untuk memenangkan PAS,” katanya menerusi status di Facebooknya.

Katanya, jika PAS ingin melawan BN, parti Islam itu sepatutnya meletakkan ADUN Sabak Sallehin Mukhyi yang mampu menarik undi Melayu daripada Budiman.

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong susulan kematian penyandangnya, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Strategi PAS Di PRK Sungai Besar Terkoyak? 


Pada PRU13, allahyarham Noriah mendapat 18,695 undi dengan majoriti 399 undi mengalahkan calon PAS, Mohamed Salleh M. Hussin yang memperoleh 18,296 undi.

Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi berdaftar dengan 67.18% pengundi Melayu, 30.68% Cina, 1.91% pengundi India dan 0.23% pengundi kaum lain.




5 comments:

  1. engko ni zan, kalau pas, sangka buruk saje tp kalau DAP punya cakap belum abis ayat dia engko dah sokong sepenuh2nya.

    ReplyDelete
  2. Kenapa tak letak Rani Kulop..? Rani jugak..
    Xpon letak Rani Mukherjee.. ana nak pangkah.. hahaha
    PAS IS PAST

    ReplyDelete
  3. Xde ke calon lain. Kedua dua pihak letak adun yg sedia ada. Berilah peluang orang lain pulak. Ni budaya tidak mengembangkan modal insan lain. Asyik asyik orang tu je. Orang lain ni jadi pak pacak je.

    ReplyDelete
  4. Yg lain pn terkoyak dgn bersepah skandal lh agaknya..calon kali ini dianggap sbg yg agak bersih dn terbaik

    ReplyDelete
  5. Suhaizan masih menyangka yg dia org kuat PAS.. baru setahun pun hang kalah zan oii dah lupa ke?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...