Friday, 13 May 2016

Smash Tangan Kanan Lee Chong Wei Terpantas Di Dunia


Smash tangan kanan Lee Chong Wei terpantas di dunia. Pukulan smash bekas pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei dengan kelajuan 408 km sejam pada perlawanan Terbuka Hong Kong tahun lalu diiktiraf sebagai paling hebat sejak September.

Smash Chong Wei yang kini pemain badminton kedua dunia disenaraikan di kedudukan teratas, menurut data yang dibekalkan Hawk-Eye Innovations, penyedia perkhidmatan kajian segera di kejohanan besar.

Smash tangan kanan Lee Chong Wei terpantas di dunia

Denmark’s Jan O Jorgensen berada di belakang Chong Wei dengan kelajuan smash 407 km sejam pada perlawanan separuh akhir di Terbuka Malaysia tahun ini.

Pemain Thailand, Ratchanok Intanon, pemain badminton wanita kedua dunia, tidak ketinggalan jauh ke belakang dengan mencatatkan kelajuan 373 km sejam pada perlawanan separuh akhir di Terbuka Malaysia, laporan Reuters.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...