Tuesday, 3 May 2016

Skandal 1MDB Bertambah Rumit

Skandal 1MDB bertambah rumit. The Royal Bank of Scotland (RBS) merupakan institusi kewangan terbaru di bawah siasatan berkaitan pemindahan dana yang dikaitkan dengan 1MDB.

Menurut Financial Times, Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) telah melancarkan siasatan berkaitan dengan akaun pelanggan-pelanggan tertentu dengan Coutts.

Coutts merupakan bekas cabang Swiss bank swasta RBS, yang telah dijual kepada Union Bancaire Privée.

Menurut laporan itu, RBS mendedahkan mengenai siasatan itu pada 29 April dan berkata ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Skandal 1MDB bertambah rumit. Ia telah dilaporkan sebelum ini, dan kemudiannya disahkan oleh Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) mengenai 1MDB, bahawa AS$1.03 bilion dana 1MB dalam usahasama dengan PetroSaudi International telah dilencongkan ke Good Star Ltd.

Dana yang dilencongkan ke Good Star itu masuk ke akaunnya di bank Swiss di RBS Coutts.

Siasatan mendapati Good Star tidak berkaitan dengan usahasama 1MDB-PetroSaudi, satu maklumat kritikal yang mana pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin mengaku memadamnya daripada Laporan PAC selepas ditegur oleh anggota pembangkang dalam jawatankuasa itu.

Skandal 1MDB bertambah rumit. Portal pemberi maklumat Sarawak Report mendakwa Good Star dimiliki sepenuhnya oleh jutawan Jho Low.

Aliran dana yang dikaitkan dengan 1MDB kini sedang disiasat oleh sekurang-kurangnya lima negara - Amerika Syarikat, Switzerland, Luxembourg, United Arab Emirates dan Singapura.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...