Thursday, 19 May 2016

Serpihan Pesawat EgyptAir Ditemui


Serpihan pesawat EgyptAir ditemui. Beberapa serpihan berkemungkinan milik pesawat EgyptAir MS804 yang hilang telah ditemui di perairan Pulau Crete di Greece ketika usaha mencari pesawat yang hilang di lautan Mediterranean diperhebatkan.

Menurut sumber tentera Greece yang memaklumkan kepada AFP, beberapa kapal telah dihantar ke lokasi terbabit.

“Terdapat beberapa penemuan di tenggara perairan Pulau Crete, di kawasan laluan pesawat yang diketahui,” kata jurucakap tentera, Vassilis Beletsiotis.

Serpihan pesawat EgyptAir ditemui

Beliau turut memaklumkan sebuah pesawat Mesir jenis C-130 telah mengesan beberapa objek terapung, dan kapal telah dikerahkan ke lokasi terbabit.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...