Friday, 6 May 2016

Serpihan Helikopter Yang Hilang Ditemui


Serpihan Helikopter yang hilang ditemui. Beberapa serpihan dipercayai bahagian helikopter yang dilapor hilang di Sarawak petang semalam sudah ditemui, kata Datuk Seri Najib Razak. 

Dalam sidang medianya sebentar tadi selepas mendapat taklimat tertutup Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Perdana Menteri berkata, serpihan yang ditemui itu dijumpai berdekatan dengan Sungai Batang Lupar oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR), jam 9.30 pagi tadi.

Serpihan Helikopter yang hilang ditemui

"Serpihan itu termasuk sebuah rotation device, sebuah kerusi, sebahagian daripada pintu, sebahagian rotor blade dan sebahagian dinding pesawat," katanya.

"Namun kita akan menggunakan aset yang kita ada paling maksimum mungkin," katanya. Sidang media itu diadakan di Menara dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuching di sini.

Serpihan Helikopter yang hilang ditemui. Mengenai nasib penumpang dan kru dalam helikopter yang hilang, Najib berkata: "Kita tidak boleh membuat kesimpulan kita kehilangan enam orang yang dilaporkan di dalam pesawat kerana mereka belum dapat dikesan lagi."

Beliau juga berkata, Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) yang berlangsung sekarang tetap dijalankan kerana kejadian berkenaan adalah tragedi yang tidak dijangka, lapor Berita Harian.







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...