Wednesday, 25 May 2016

Sekutu PAS Dakwa PAS Akan Kalah PRK Sungai Besar

Sekutu PAS dakwa PAS akan kalah PRK Sungai Besar. Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak yakin PAS dapat memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, sekiranya parti itu meneruskan niat untuk bertanding.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, PAS tidak akan dapat meraih undi yang banyak kerana beliau tidak yakin masyarakat Cina di Sekinchan akan menyokong parti Islam itu.

Sekutu PAS dakwa PAS akan kalah PRK Sungai Besar.“Pada PRK Sungai Besar, adakah pengundi-pengundi Cina di Sekinchan akan undi PAS?

“Saya percaya kalau PAS bertanding, PAS tidak akan dapat undi Cina. PAS juga tidak akan mendapat sokongan ahli yang menyokong AMANAH,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Perkasa hari ini.

Oleh itu, Ibrahim berpendapat, PAS tidak perlu bertanding di Sungai Besar, sebaliknya hanya meletakkan calon di kerusi Kuala Kangsar.


Sekutu PAS dakwa PAS akan kalah PRK Sungai Besar


“Untuk Sungai Besar saya berpendapat PKR lebih sesuai bertanding menentang BN. Manakala PAS hanya bertanding di Kuala Kangsar,” katanya.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berpandangan, sekiranya wujud pertandingan tiga penjuru, ia akan memberi kelebihan kepada BN.

“Kalau pembangkang semua hendak bertanding ia akan beri kelebihan kepada UMNO/BN,” jelasnya.

Sekutu PAS dakwa PAS akan kalah PRK Sungai Besar. Pada masa sama, beliau seolah-olah menyindir hasrat AMANAH yang meminta supaya diberikan peluang untuk bertanding di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“AMANAH ada keluarkan kenyataan bahawa mereka yakin akan menang jika bertanding, saya terkejut,” katanya sambil bergelak ingkak.




1 comment:

  1. Pemimpin PAS kata UMNO memperjuangkan nasionalis tidak islamik. Walaupun nama parti tak ada jenama Islam tapi didalam perlembagaanya dengan jelas ada dinyatakan untuk mendaulatkan Islam. Sebagai bukti UMNO telah berjaya dalam mendaulatkan Islam di Malaysia dengan masjid Islam, sistem ekonomi Islam, bank Islam, Sukuk Islam, universiti Islam, Universiti Alquraan Islam, Hospital Islam, pertahanan Islam, pengajian Islam peringkat sekolah sehingga universiti, pajak gadai Islam, jabatan ugama Islam, JAKIM Islam, Tabung Haji Islam, Amanah ikhtiar Islam, Undang-undang keluarga Islam, undang-undang jenayah Islam (tak termasuk Hudud) , undang-undang muamalat, kebajikan masyarakat, dan banyak lagi pengisian yang dibuat bagi memenohi tuntutan Islam.
    Malah baru-baru ini lebih seratus pakar dari lima universiti –UM, UKM, USM, UTM,UPM dan USIM menjalankan kajian bagi mengukur tahap perlaksanaan Islam di Malaysia bagi tahun 2015. Kajian mereka mendapati skor keseluruhan Indeks Syariah Malaysia bagi 2015, didalam sistem pentadbiran negara, adalah sebanyak 75.42 peratus. Sekor tersebut berdasarkan penyelidikan comprehensif dalam lapan bidang utama - pendidikan, perundangan Islam, politik, kesihatan, ekonomi, budaya, sosial serta prasarana dan persekitaran. Indeks Syariah Malaysia adalah satu kaedah pengukuran yang saintifik dan menyeluruh bagi menentu ukur kedudukan kerajaan dalam menjalankan pentadbiran negara berdasarkan prinsip asas Islam iaitu Maqasid Syariah.

    Lima elemen utama dalam Maqasid Syariah iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal,
    keturunan dan harta merupakan kayu ukur utama yang akan digunakan untuk mengukur lapan bidang utama pentadbiran negera tersebut.

    Hasil kajian ini menunjukkan kerajaan yang diterajui UMNO martabatkan Syiar dan Syariat Islam di Malaysia. Ini juga membuktikan bukan sahaja UMNO ada dasar Islam tapi berjaya melaksanakan Islam di Malaysia negara yang majmud ini dengan model Islam yang pragmatik. Ia juga menolak tuduhan PAS yang mengatakan UMNO berdasarkan kebangsaan tak laksanakan Islam.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...