Monday, 23 May 2016

Sah!! Surat Anwar Ibrahim Ditulisnya Sendiri

Sah!! Surat Anwar Ibrahim ditulisnya sendiri.  Bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin PKR mengenai kezaliman lalu dalam suratnya kepada kepimpinan parti yang terbocor kepada umum minggu lalu.

“Ya, saya tulis surat itu (di mahkamah),” akuinya.

“Ia sebenarnya untuk (ahli) kepimpinan. Tetapi memandangkan ia sudah tersebar luas, saya harap semua ahli membacanya,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di Mahkamah Persekutuan sejurus sebelum diiring keluar.

Sah!! Surat Anwar Ibrahim ditulisnya sendiri. Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai surat lapan muka surat yang ditulisnya kepada kepimpinan PKR tetapi kemudian terbocor kepada umum.

Dalam surat itu, Anwar menggesa pemimpin PKR supaya berhati-hati dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan penyertaan pemimpin parti daripada kedua-dua bahagian politik dalam mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi Deklarasi Rakyat.

Surat Anwar Ibrahim


Tanpa mengulas panjang, Anwar juga bersetuju dalam suratnya, bahawa tiga wakil rakyat PKR iaitu Rafizi Ramli, Datuk Seri Azmin Ali dan Tian Chua, yang menandatangani Deklarasi Rakyat, boleh meneruskan tindakan itu dan “mengekalkan hubungan kerja” dengan Mahathir tanpa melupakan ada banyak isu lain yang menjejaskan rakyat.

“Jangan ikut agenda dia dan lupakan (agenda) rakyat.

“Bagaimana dengan harga barangan, kebajikan, pendidikan dan IPP (loji jana kuasa bebas)?,” katanya.

Anwar juga menasihatkan pemimpin PKR supaya jangan “ikut sistem kroni, rasuah dan kezaliman lalu”. “Ini ialah pesanan saya kepada mereka,” katanya.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...