Monday, 30 May 2016

Rupanya Yang Dibentang Presiden PAS Bukannya RUU Hudud.. Ini Buktinya?

Rupanya yang dibentang Presiden PAS bukannya RUU Hudud.. ini buktinya? Khamis lepas menyaksikan ahli parlimen pembangkang berang selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said membawa cadangan untuk mengemukakan usul dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kekeliruan timbul selepas Hadi bangun dan membaca rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta 355 seolah-olah ia adalah bacaan pertama rang undang-undang.

Rupanya yang dibentang Presiden PAS bukannya RUU Hudud.. ini buktinya? Bagaimanapun Ahli Parlimen PKR N Surendran menjelaskan bahawa ia bukan rang undang-undang, sebaliknya usul bagi mendapatkan kebenaran agar sebuah rang undang-undang persendirian dibawa ke hadapan.

"Semua media melaporkan bahawa rang undang-undang itu keluar - rang undang-undang itu tidak pernah keluar. Ia adalah satu usul, bukan rang undang-undang," kata Surendran kepada Malaysiakini.

Memetik Peraturan Mesyuarat 49, Surendran berkata rang undang-undang persendirian hanya boleh dibawa jika seorang ahli parlimen mendapat kebenaran dewan.

Rupanya yang dibentang Presiden PAS bukannya RUU Hudud.. ini buktinya?


Hadi, katanya, telah memfailkan usul untuk mendapat kebenaran dewan bagi membawa rang undang-undang ahli persendirian itu.

Satu lagi kekeliruan mengenai perkara itu mungkin disebabkan perbezaan prosedur antara rang undang-undang kerajaan dan rang undang-undang persendirian di mana ia tidak perlu meminta izin sebelum dibawa ke bacaan kali pertama.

Dalam kejadian Khamis lalu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta Hadi menjelaskan rang undang-undang itu dan Hadi kemudian meminta usul itu ditangguhkan.

Oleh itu, usul Hadi untuk mendapatkan kebenaran dewan bagi membawa rang undang-undang persendirian itu belum diputuskan kerana usul itu masih belum diluluskan.

Rupanya yang dibentang Presiden PAS bukannya RUU Hudud.. ini buktinya? "Ini bermakna pada sesi parlimen akan datang, apa yang perlu diputuskan pertama adalah usul untuk membawa rang undang-undang persendirian.

"Tiada rang undang-undang persendirian sehingga usul itu ditentukan. Jadi Hadi perlu membentangkan usul yang sama sekali lagi pada sesi akan datang.

"Tidak ada bacaan pertama atau kedua kerana usul bagi kebenaran belum diluluskan lagi," kata Surendran.




1 comment:

  1. Saya rasa ramai dah tahu.. terkejut jugalah saya penulis baru tahu!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...