Tuesday, 24 May 2016

Rupanya Ini Faktor Utama Kemenangan Pembangkang Di PRK Sungai Besar


Rupanya ini faktor utama kemenangan pembangkang di PRK Sungai Besar. Mana-mana calon pembangkang memerlukan kerjasama DAP yang memegang undi masyarakat Cina untuk menewaskan BN dalam PRK Sungai Besar, kata tokoh wartawan Datuk Abdul Kadir Jasin.

Dalam tulisan di blognya hari ini, beliau mengingatkan faktor DAP dan undi masyarakat Cina amat penting untuk memenangi kawasan parlimen itu.

“Sayugia diingatkan salah satu daripada kerusi DUN dalam Sungai Besar, iaitu Sekinchan dimenangi DAP. Maka tanpa kerjasama padu DAP, harapan menumbangkan UMNO BN mungkin lebih sukar,” katanya.

Pada PRU13, ADUN Sungai Besar Ng Suee Lim menumpaskan calon BN Kek Seng Hooi dengan majoriti 2,239 undi.

Rupanya ini faktor utama kemenangan pembangkang di PRK Sungai Besar


Bekas ketua pengarang New Straits Times itu juga seolah-olah membayangkan agar PAS tidak bertanding di sana dan juga di Kuala Kangsar, sebaliknya memberi laluan kepada parti pembangkang yang lain.

“Kalau PAS kembali bertanding, pengundi Cina mungkin memboikot kerana sejak meninggalkan Pakatan (dengan PKR dan DAP), PAS banyak membuat kenyataan yang memusuhi DAP dan bercanggah dengan aspirasi orang Cina,” katanya.

Parlimen Sungai Besar memiliki 31% pengundi Cina, manakala Parlimen Kuala Kangsar 24%. Dua PRK ini akan diadakan serentak pada 18 Jun ini.

Beliau berkata walaupun ramalan menunjukkan BN bakal mengekalkan kemenangan di kedua-dua kawasan Parlimen itu, “kesepakatan tulen” di kalangan parti pembangkang dapat menafikan perkara itu.

Rupanya ini faktor utama kemenangan pembangkang di PRK Sungai Besar. “Perdana menteri dan konco-konconya akan melakukan apa saja untuk menang…Tidak ada beras, gandum, dedak, duit, kain batik, projek dan janji yang tidak akan ditaburkan.

“Tetapi kalau PAS tidak khianat dan pembangkang bersatu-padu untuk tempoh PRK ini, kita mungkin menyaksikan Sungai Besar dan Kuala Kangsar menjadi permulaan kepada kekalahan UMNO BN dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...