Tuesday, 31 May 2016

Rupanya Ini Dalang Sabotaj Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs)

Rupanya Ini Dalang Sabotaj Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs). Seramai 15 pegawai imigresen dibuang kerja, 14 lagi digantung dan lapan ditangguh pergerakan gaji selepas dikesan terlibat mensabotaj Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs).

Tindakan tatatertib itu diambil sejak Februari yang lalu. Menurut laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Sakib Kusmi mengesahkan kesemua 37 pegawai itu terdiri daripada pegawai dan kakitangan pelbagai skim perkhidmatan peringkat sokongan yang bertugas di pintu masuk utama negara.

Rupanya Ini Dalang Sabotaj Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs). “Selain itu, kita juga sedang dalam proses membuat pertukaran tempat bertugas terhadap 63 pegawai dan kakitangan di pelbagai peringkat,” katanya pada sidang media sempena lawatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut beliau lagi, siasatan dalaman pihaknya mendedahkan aktiviti sabotaj berlaku sejak 2010 didalangi ejen di luar negara.

Rupanya Ini Dalang Sabotaj Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs)


“Mereka menggunakan rakyat tempatan termasuk pegawai imigresen yang membantu dalam aktiviti sebotaj sistem MyIMMs,” katanya.


2 comments:

  1. Kenapa perlu ulang-ulang copy tulis tajuk dalan entry.. tulis sekali dah la kat atas tu..

    ReplyDelete
  2. Sekiranya didalangi oleh ejen luar negara, sepatutnya pegawai-pegawai imigresen dikenakan hukuman mati kerana mengkhianat

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...