Saturday, 28 May 2016

Rupanya Ini Calon Amanah Di PRK Sungai Besar Dan PRK Kuala Kangsar?

Rupanya Ini Calon Amanah Di PRK Sungai Besar Dan PRK Kuala Kangsar? Amanah Negara (Amanah) akan mengumumkan calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Rabu ini.

“Kita letak banyak nama sebagai calon antaranya Mat Sabu (Presiden Amanah Mohamad Sabu) dan Nizar (Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin),” kata Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata calon juga tidak dikhususkan daripada kalangan anak tempatan.

Kedua-dua PRK itu diadakan serentak pada 18 Jun ini dengan penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun.

Rupanya Ini Calon Amanah Di PRK Sungai Besar Dan PRK Kuala Kangsar?


Ia susulan kematian Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Anggota Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, pada 5 Mei lepas, lapor Bernama.






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...