Wednesday, 25 May 2016

Rumah Syafiq Rahim Dipecah Masuk Pencuri

Rumah Syafiq Rahim dipecah masuk pencuri. Rumah pemain bola sepak pasukan JDT, Safiq Rahim di Kota Puteri, Batu Arang, di sini, dipecah masuk penjenayah petang semalam.

Bapa kepada kapten JDT itu, Rahim Mohd Yatim berkata kejadian itu hanya disedari selepas seorang jiran Safiq menghubunginya kerana curiga pintu depan kediaman anaknya terbuka pada kira-kira jam 6.15 petang.

Rumah Syafiq Rahim dipecah masuk pencuri.  Susulan panggilan telefon itu, Rahim yang menetap di Bestari Jaya di sini pergi ke Kota Puteri dan mendapati kediaman anaknya dalam keadaan berselerak.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata ada kesan umpil pada tingkap dan tiga bilik di kediaman dua tingkat itu.

Rumah Syafiq Rahim dipecah masuk pencuri


“Setakat ini polis belum mengenal pasti jumlah kerugian mangsa,” katanya dipetik daripada Utusan Malaysia.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan pecah rumah dan mencuri.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...