Thursday, 5 May 2016

Rahsia Ketua Polis Negara Tersebar?

Rahsia Ketua Polis Negara tersebar? Sebarang penafian berhubung kemungkinan wujud konflik kepentingan berkaitan lesen perniagaan syarikat senjata api anak Ketua Polis Negara (KPN) perlu disiasat.

Sehubungan itu, Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru mencadangkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) menyiasat perkara itu.

“Lesen untuk beroperasi (perniagaan senjata api) dikeluarkan Ketua Polis negeri yang berada di bawah Ketua Polis Negara.

“Persoalannya ialah sama ada proses membuat keputusan itu dipengaruhi atau tidak. Ini boleh diselesaikan dengan IPCMC,” katanya dalam ucaptama pada sesi perundingan kebangsaan untuk meningkatkan akauntabiliti polis di Malaysia anjuran pasukan petugas Majlis Peguam di IPCMC hari ini.

Rahsia Ketua Polis Negara tersebar? Idea penubuhan IPCMC dicadangkan dalam satu laporan suruhanjaya diraja pada 2004 bagi meningkatkan operasi dan pengurusan polis.

Cadangan itu bagaimanapun ditolak polis, di mana kerajaan sebaliknya menubuhkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sebagai alternatif kepada IPCMC.

“KPN telah menafikan sebarang konflik kepentingan. Saya biar anda tentukan,” katanya.

Bulan lalu, Sarawak Report melaporkan anak perempuan kedua Tan Sri Khalid Abu Bakar, Juwiza Khalid, 32, adalah pemegang saham terbesar dalam Nilai Arms & Ammunitions (NAA).

Rahsia Ketua Polis Negara tersebar? Ipar Khalid, Mohd Isa Husin, 59, juga adalah seorang daripada pengarah syarikat itu.

Khalid bagaimanapun berkata, anaknya memperoleh lesen perniagaan syarikat itu sebelum beliau menjadi Ketua Polis Negara.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...