Wednesday, 11 May 2016

Rafizi Ramli Dedah Lagi..

Rafizi Ramli dedah lagi. Rafizi Ramli hari ini mendedah seorang Ketua Umno Bahagian Kepong, Datuk Rizuan Abdul Hamid yang sanggup mati demi mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terselamat daripada diisytihar bankrap berhubung pembangunan 10 unit banglo di Bukit Tunku.

Setiausaha agung PKR itu mendedahkan satu salinan surat dari Tan Sri Haji Shukry Mohd Salleh, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri kepada Datuk Ahmad Zaini Othman, CEO Malaysia Building Society Berhad (MBSB) bertarikh 20 Oktober 2015.

“Surat tersebut mengarahkan supaya MBSB mengenepikan notis kebankrapan terhadap Rizuan, Ketua Umno Kepong berhubung pembangunan 10 unit banglo di Bukit Tunku.

“Selain itu, surat itu secara jelas menyatakan arahan agar MBSB menyelesaikan tuntutan pinjamannya terhadap Rizuan di luar mahkamah,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi Ramli dedah lagi. Nama Rizuan mendapat perhatian menjadi popular apabila mengikrarkan beliau berani mati untuk Najib semasa Mesyuarat Umno Bahagian Kepong tahun lalu.

MBSB pula adalah sebuah anak syarikat Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) yang memiliki 65% saham di dalam MBSB.

“Oleh itu, MBSB adalah pembiaya rumah milik rakyat yang perlu dilindungi dari campur tangan politik,” katanya.

Najib berdepan tekanan dalam dan luar parti yang mendesak peletakan jawatannya ekoran skandal kewangan yang terpalit dengan pentadbirannya.

Rafizi Ramli dedah lagi

Rafizi Ramli hari ini mendedah seorang Ketua Umno Bahagian Kepong, Datuk Rizuan Abdul Hamid yang sanggup mati demi mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terselamat daripada diisytihar bankrap berhubung pembangunan 10 unit banglo di Bukit Tunku.

Setiausaha agung PKR itu mendedahkan satu salinan surat dari Tan Sri Haji Shukry Mohd Salleh, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri kepada Datuk Ahmad Zaini Othman, CEO Malaysia Building Society Berhad (MBSB) bertarikh 20 Oktober 2015.

“Surat tersebut mengarahkan supaya MBSB mengenepikan notis kebankrapan terhadap Rizuan, Ketua Umno Kepong berhubung pembangunan 10 unit banglo di Bukit Tunku, lapor web Rafizi.



3 comments:

  1. haram jadah dah semua puak2 ni... tunggu sahja lah seksaan yang amat pedih bila dijemput ke liang lahad nanti

    ReplyDelete
  2. Terbaikkkk rafizi.. dedah jangan tak dedah

    ReplyDelete
  3. Tidak berapa lama dahulu saya ingin meminjam 50k dari MBSB untuk membiayai pengajian anak saya di UK selama 4 atau 5 bulan. Dengan mengambil 2 kertas lagi anak saya boleh mendapat satu ijazah sebagai tambahan. Saya bercadang untuk mengadaikan rumah saya yang bernilai 140k ketika itu. Namun sebagai syarikat dibawah kawalan ameno dan Melayu seperti biasa banyaklah kerenahnya. Namun kalau yang datang itu seorang OKU (orang kuat Ameno) tentulah lain ceritanya. Itulah dia hidup di alam Melayu. Kita bukan nak pinjam percuma. Kita nak cagarkan rumah sedangkan mereka mengwar-warkan skim pinjaman. Sekadarkan meluahkan perasaan.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...