Saturday, 7 May 2016

Pusat Mengundi PRN Sarawak Runtuh


Pusat Mengundi PRN Sarawak runtuh. Koridor Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Annau di Dewan Undangan Negeri (Dun) Jepak, yang dijadikan pusat mengundi runtuh menyebabkan seorang pengundi cedera ringan, pagi ini.  

Kejadian itu berlaku sejam selepas pusat mengundi dibuka, namun kecederaan yang dialami mangsa tidak serius.  

Pusat Mengundi PRN Sarawak runtuh. Jurucakap polis Bintulu ketika dihubungi mengesahkan dimaklumkan mengenai kejadian itu itu namun berkata, ia tidak menjejaskan proses pengundian di situ.  

Beliau berkata, anjung sekolah itu runtuh kerana struktur kayunya sudah usang dan terdapat kira-kira 40 pengundi berada di situ semasa kejadian, lapor Berita Harian.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...