Saturday, 21 May 2016

Punca Pesawat EgyptAir Terhempas Didedahkan

Punca pesawat EgyptAir terhempas didedahkan. Isyarat amaran asap dikeluarkan dalam pesawat EgyptAir penerbangan MS804 beberapa minit sebelum ia terhempas di laut Mediterranean pada Khamis, lapor CNN.

Menurut data yang diterbitkan di laman industri penerbangan Aviation Herald, amaran tersebut dikesan di bahagian tandas dan bahagian elektrik sebelum pesawat berkenaan dilaporkan hilang daripada skrin radar.

Punca pesawat EgyptAir terhempas didedahkan. Data berkenaan dilapor diterima daripada sistem komunikasi pesawat, ACARS. Setakat ini masih belum ada lagi pengesahan rasmi berhubung maklumat itu.

Pada Jumaat, tentera Mesir berkata pasukan mencari dan menyelamat menemui beberapa serpihan pesawat tersebut, yang membawa 66 orang penumpang dan anak kapal di dalamnya.

Menurut jurucakap tentera Mesir, beberapa barangan penumpang turut ditemui, kira-kira 290 kilometer ke utara Iskandariah.

Sementara itu, pakar penerbangan Perancis Gerard Feldzer menggariskan pelbagai faktor penyumbang nahas EgyptAir.

Punca pesawat EgyptAir terhempas didedahkan

Feldzer senada dengan pendapat sebelum ini bahawa tragedi mungkin berpunca daripada serangan pengganas.

Ini kerana tiada isyarat kecemasan dikesan daripada pesawat yang tiba-tiba hilang daripada radar.

Namun, menurut Feldzer, penyiasat juga tidak boleh menolak kemungkinan nahas disebabkan masalah teknikal.

Punca pesawat EgyptAir terhempas didedahkan. Feldzer memaklumkan pelbagai kesimpulan boleh dibuat berdasarkan serpihan yang dijumpai. Sekiranya serpihan dalam bentuk kecil dan dikesan dalam kawasan yang luas, pesawat berkenaan besar kemungkinan meletup di udara.

Bagaimanapun, sekiranya serpihan dijumpai dalam kawasan kecil, pesawat berkenaan berkecai akibat impak terhempas ke laut.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...