Tuesday, 31 May 2016

Punca Netizen Hina Tunku Mahkota Johor Tersebar?

Punca Netizen Hina Tunku Mahkota Johor Tersebar? Seorang nelayan ditahan di atas botnya semasa berada di perairan Tenggara, Pulau Tioman hari ini kerana dipercayai menghantar mesej berbaur jelik dan menghina Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui laman sosial Facebook pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata bertindak atas maklumat, polis menahan nelayan berusia 46 tahun itu yang dipercayai pemilik akaun ‘Minah Pendek’ pada kira-kira 11 pagi tadi.

Punca Netizen Hina Tunku Mahkota Johor Tersebar? Beliau berkata pihaknya menerima dua laporan polis pada 8.20 pada dan 9 pagi Sabtu lepas berikutan penghantaran mesej jelik, menghina dan menyakitkan hati Tunku Ismail.

“Suspek didapati memuat naik mesej itu menerusi akaun Facebook atas nama ‘Minah Pendek’. Ekoran itu, kami membuka dua kertas siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata pihaknya turut merampas dua unit telefon bimbit bersama sim kad telefon bimbit daripada nelayan itu.


Punca Netizen Hina Tunku Mahkota Johor Tersebar?


Nelayan itu akan direman esok untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Secara peribadi dan adabnya saya tidak setuju dengan cara menghina TMJ di media sosial. Walau apa pun tindakan TMJ yang mungkin mengguris sesetengah pihak, kita perlu mengikut saluran yang betul.

Namun, pihak TMJ perlu muhasabah diri.. kenapa ramai orang tidak suka TMJ? Mungkin sama-sama fikirkan dan perbetulkan tindakan kita untuk kebaikan bersama.



2 comments:

  1. Agak2 la nak hina tmj.. memang cari nahas tu

    ReplyDelete
  2. Khalifah abu bakar, umar sedia & minta dkritik.

    Jika ramai org m'hina pd individu t'tentu misti ada sebabnya.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...