Saturday, 21 May 2016

PRK Sungai Besar : Pemimpin Umno Harap PAS Dan Pakatan Harapan Terus Bertelingkah

PRK Sungai Besar : Pemimpin Umno Harap PAS Dan Pakatan Harapan Terus Bertelingkah. Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berharap pertelingkahan antara PAS dan Pakatan Harapan (PH) membabitkan isu kerusi Parlimen Sungai Besar akan berterusan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu bagaimanapun mengingatkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO agar terus bersatu.

“Kalau dapat kelebihan menerusi perpecahan daripada pembangkang, tetapi jangan kerana isu dalaman kita pun berpecah, maka kita tak dapat manfaatkan kelebihan itu.

“Jangan kita harapkan kelemahan orang lain untuk menang. Kita mesti ada kekuatan sendiri untuk menang,” tegasnya pada sidang media di Persidangan Ayahanda Malaysia Kali Pertama di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.

PRK Sungai Besar : Pemimpin Umno Harap PAS Dan Pakatan Harapan Terus Bertelingkah


Terdahulu, Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad menyatakan keputusan parti itu bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun adalah muktamad dan tidak perlu dipertikai oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata ini kerana kerusi Parlimen Sungai Besar adalah kerusi tradisi PAS dan parti itu tetap akan meletakkan wakil walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa rundingan berkaitan calon masih berjalan.

Mengulas lanjut, Ismail yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, pembangkang tidak mungkin bersatu kerana dari segi agenda dan perjuangan mereka berbeza antara satu sama lain.

PRK Sungai Besar : Pemimpin Umno Harap PAS Dan Pakatan Harapan Terus Bertelingkah. “DAP misalnya mempunyai objektif yang jauh berbeza dengan PAS. Begitu juga dengan PKR, begitu juga dengan Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Jadi saya percaya kerana mereka berbeza dari segi objektif, tujuan penubuhan parti, perjuangan mereka juga berbeza…memang perselisihaan sesama mereka (boleh) dijangka,” katanya.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...