Friday, 13 May 2016

PRK Sungai Besar Dan PRK Kuala Kangsar Penentu Hidup Mati BN Pada PRU14

PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar penentu hidup mati BN pada PRU14. Dua pilihan raya kecil (PRK) bagi Parlimen bagi Sungai Besar dan Kuala Kangsar boleh menjadi petunjuk mengenai nasib 51 kerusi marginal BN - di tengah-tengah isu 1MDB dan isu sumbangan politik RM2.6 bilion - dalam pilihan raya umum yang akan datang, kata Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian.

Malah, isu-isu kontroversi boleh menjadi referendum berhubung penerimaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan sokongan kepada BN yang dipimpinnya, kata penganalisis itu.

Adalah menarik, tegas Ibrahim, untuk melihat sama ada Umno boleh menang dua pilihan raya kecil itu ekoran isu-isu semasa, termasuk kontroversi yang menyelubungi 1MDB, isu sumbangan politik RM2.6 bilion, serta keadaan ekonomi yang memberi kesan kepada rakyat.

Ia juga, tambahnya, boleh dilihat sebagai petanda terhadap kekuatan politik Umno dalam banyak kerusi marginal, termasuk di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar penentu hidup mati BN pada PRU14Datuk Noriah Kasnon dari BN memenangi kerusi Sungai Besar dengan majoriti 399 undi, atau kurang daripada satu peratus daripada jumlah pengundi, dalam pilihan raya umum 2013.

Manakala Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dari BN memenangi Kuala Kangsar, yang merupakan kubu kuat Umno, dengan majoriti yang lebih rendah sebanyak 1,082 undi atau kurang daripada lima peratus, dalam pilihan raya lepas.

Terdapat sejumlah 81 kerusi marginal yang dimenangi dengan majoriti kurang daripada lima peratus oleh kedua-dua belah pihak dalam pilihan raya umum lepas, di mana 51 kerusi dimenangi BN manakala 30 kerusi dikuasai pembangkang, kata Ibrahim kepada Malaysiakini.

Dua PRK tersebut merupakan yang ke-10 dan ke-11 selepas pilihan raya umum 2013, berikut nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei yang meragut nyawa enam orang termasuk Noriah dan Khair-il.

BN memenangi sebanyak 133 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 2013, tetapi BN kemudian mengalahkan DAP di Teluk Intan, menjadikannya sekarang 134 kerusi.

Bersetuju dengan Ibrahim, seorang ahli akademik berkata demografi Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah sama dengan kebanyakan kerusi kubu kuat tradisi Umno.

Ini adalah gabungan kawasan separa bandar dan luar bandar, dengan sekurang-kurangnya 60 atau 70 peratus pengundi Melayu, kata Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, ketua politik, keselamatan dan kelompok antarabangsa Majlis Profesor Negara.

Katanya, ia menjadi petunjuk yang baik untuk Umno dan BN untuk mengukur sokongan di kubu kuat mereka, sama ada isu 1MDB dan RM2.6 bilion benar-benar memberi kesan kepada mereka.

PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar penentu hidup mati BN pada PRU14

Katanya, ia akan menjadi satu pengesahan terhaap parti terbesar di negara itu jika calonnya menang besar dalam pilihan raya kecil itu.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik, Wong Chin Huat, berkata BN tidak ada 'faktor Adenan' di Semenanjung yang mampu untuk menampung faktor Najib semasa pilihan raya negeri Sawarak minggu lepas.

Wong, yang merupakan felo Institut Pulau Pinang berkata Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem berjaya mengubah keadaan, daripada referendum terhadap Najib kepada sokongan kepadanya," kata

Tetapi memandangkan pertembungan parti-parti pembangkang yang melawan satu sama lain semasa pilihan raya negeri Sawarak, Wong mnegaskan bahawa ia boleh digunakan untuk manfaat Najib.

Katanya, ia berpontensi berlaku dan menambah, jika mereka gagal, maka mereka akan mengukuhkan kedudukan perdana menteri dan Umno.

Pandangan beliau turut dikongsi oleh pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Mohd Faisal Syam Abdol Hazis, yang menasihati pembangkang supaya tidak mengulangi kegagalan propaganda mereka semasa pilihan raya negeri Sarawak, lapor Malaysiakini.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...