Thursday, 12 May 2016

Presiden PKR Dan Timbalannya Tidak Senada.. Video Sebagai Bukti

Presiden PKR dan Timbalannya tidak senada.. video sebagai bukti. Pakatan Harapan tidak pernah menjemput PAS menyertai pakatan itu, kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sebaliknya, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menjemput parti Islam itu.

“Bukan kami yang jemput. Menteri Besar yang jemput,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan tindakan Azmin itu tidak salah kerana memang ada kerjasama antara PKR dan PAS dalam kerajaan negeri Selangor.

Penjelaskan Wan Azizah itu menandakan kali kedua beliau menepis kenyataan timbalannya.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, bagi menjawab pertelingkahan antara PKR dan DAP mengenai pengagihan kerusi, Azmin mendakwa telah diberi mandat oleh Wan Azizah untuk mengizinkan Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak, Baru Bian menandatangani surat pertauliahan untuk calon-calon yang mahu bertanding.

Presiden PKR dan Timbalannya tidak senada.. video sebagai bukti

Wan Azizah kemudiannya berkata dirinya tidak terbabit dalam rundingan kerusi antara PKR dan DAP.

PKR dan DAP bertembung di enam kerusi walaupun kedua parti merupakan komponen dalam Pakatan Harapan, lapor Free Malaysia Today.






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...