Monday, 16 May 2016

Polis Temui Sepucuk Pistol Dalam Kenderaan Safee Sali

Polis temui sepucuk pistol dalam kenderaa Safee Sali. Sepucuk pistol bersama 30 butir peluru hidup ditemui dalam kenderaan pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safee Sali.

Ketika kejadian, kenderaan Safee Sali yang dipandu seorang pemilik kedai aksesori kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditahan polis trafik ketika melalui sekatan jalan raya di susur keluar Kempas, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira jam 12 tengah hari Ahad.

Menurut laporan BH Online, hasil pemeriksaan polis menemui sepucuk pistol disimpan dalam sebuah beg kuning di tempat duduk belakang Ford Ranger itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd mengesahkan suspek lelaki berusia 34 tahun dalam kes itu tiada kaitan dengan Safee Sali.

Polis temui sepucuk pistol dalam kenderaan Safee Sali

Beliau berkata, Safee Sali telah menghantar kenderaannya ke kedai aksesori suspek untuk diubah suai minggu lalu dan bercadang mengambil kenderaannya selepas perlawanan akhir Piala FA kelmarin.

“Suspek hanya mengenali pemain bola sepak itu sebagai pelanggan yang mendapatkan khidmat ubah suai di kedainya. Suspek itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut,” katanya kepada akhbar itu.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...