Wednesday, 4 May 2016

Polis Pengiring Untuk Mahathir Ditarik Balik.. Apa Puncanya?

Polis pengiring untuk Mahathir ditarik balik.. apa puncanya? Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar secara rasmi mengesahkan khidmat pengiring trafik bagi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah ditarik balik.

Perkhidmatan itu diberhentikan sejak minggu lepas namun khidmat pengawal pengiring iaitu pegawai polis dari Unit Tindakan Khas bagi Dr Mahathir masih diteruskan.

“Cuma khidmat pengiring trafik yang telah dihentikan dan kita tidak pernah mahu menarik balik khidmat pengawal pengiring atau ‘Bodyguard’ Tun M … jadi keselamatan beliau sentiasa lagi dikawal oleh pegawai polis,” katanya kepada pemberita selepas majlis penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara (PKN), di sini hari ini, lapor Bernama.

Menurutnya, tindakan itu terpaksa diambil selepas Dr Mahathir menyertai perhimpunan haram Bersih, perhimpunan bantah GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) dan mengutip tandatangan untuk deklarasi diusahakan bekas perdana menteri itu yang bercanggah dengan peruntukan undang-undang dan perlembagaan negara.

Polis pengiring untuk Mahathir ditarik balik.. apa puncanya? “Saya telah menarik balik khidmat pengiring trafik untuk Tun Mahathir … itu adalah atas keputusan saya sebagai Ketua Polis Negara. Apa guna kita memberi iringan trafik terhadap individu yang melanggar peruntukan undang-undang dan perlembagaan, kita tidak dapat menyokong apa juga perbuatan yang melanggar undang-undang negara.

“Oleh itu saya berharap Tun M faham terhadap kedudukan PDRM (Polis Diraja Malaysia) yang mendukung Rukun Negara. Jadi kalau ada pihak yang melanggar undang-undang, macam mana kita nak sokong,” katanya

Semalam Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan berhubung khidmat pengiring bermotosikal polis ke atas Dr Mahathir bukan dasar Kementerian Dalam Negeri.

Justeru itu, Ahmad Zahid menyerahkan perkara tersebut kepada Ketua Polis Negara.

Bagaimanapun Khalid tidak menolak kebenaran untuk Dr. Mahathir memohon kepada PDRM sekiranya mahu menggunakan pengiring trafik ketika menghadiri sesuatu acara rasmi.

Polis pengiring untuk Mahathir ditarik balik.. apa puncanya? “Sekiranya Tun M mahukan khidmat itu (pengiring trafik), permohonan perlu dikemukakan kepada saya terlebih dahulu dan kita akan beri khidmat iringan trafik jika majlis yang akan beliau hadiri adalah acara rasmi kerajaan serta tidak melibatkan pelanggaran mana-mana peruntukan undang-undang dan perlembagaan,” katanya.

Khalid turut memberi amaran keras kepada pihak tidak terlatih yang secara sukarela cuba memberi perkhidmatan pengiring bermotosikal kepada Dr Mahathir.

“Tindakan itu bukan sahaja membahayakan diri mereka, tetapi turut membahayakan orang lain kerana mereka tidak terlatih untuk membuat iringan kepada orang kenamaan dan tindakan itu jelas menyalahi undang-undang,” tegasnya.

Jikalau betul Mahathir langgar undang-undang negara kerana menyertai perhimpunan Bersih dan sebagainya.. kenapa  KPN tidak mendakwa Mahathir sahaja. Jangan sekadar pandai cakap sahaja..





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...