Tuesday, 10 May 2016

Petanda PRU14 BN Menang Besar Tersebar?

Petanda PRU14 BN menang besar tersebar?Pelawaan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempelawa PAS bergabung dalam Pakatan Harapan bersama seteru, DAP dan AMANAH ditolak pimpinan parti Islam itu.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata penolakan ini adalah selari dengan keputusan yang telah dicapai dalam Muktamar PAS sebelum ini.

“Untuk bergabung dengan DAP dan AMANAH tidak mungkin. Kita tidak boleh belakangkan keputusan yang telah dibuat.

“Cuma kita masih kekalkan hubungan baik dan kerjasama dengan PKR,” katanya kepada FMT.

Petanda PRU14 BN menang besar tersebar? Sebelum ini Azmin berharap PAS dan AMANAH dapat bergerak bersama PKR dan DAP bagi menghadapi PRU14 sebagai satu pasukan.

Kenyataan Mohamed Azmin dibuat susulan kekalahan PKR, DAP dan AMANAH dalam PRN Sarawak dan menyaksikan pertelingkahan antara PKR dan DAP di beberapa kerusi.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata PAS lebih berminat jika PKR dapat menyertai Blok Ketiga yang ditubuhkan parti Islam itu bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Menurut Tuan Ibrahim, tawarannya adalah lebih rasional memandangkan keputusan PRN Sarawak baru-baru ini memperlihatkan penolakan pengundi terhadap DAP.

Petanda PRU14 BN menang besar tersebar?

“Kita mengalu-alukan sekiranya PKR ingin bersama dalam Blog Ketiga. Saya fikir, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak itu boleh dijadikan ukuran bahawa keperluan wujudkan Blog Ketiga,” katanya.

Daripada 31 kerusi yang ditandingi DAP, parti itu hanya menang 7 kerusi dan kehilangan 5 kerusi dalam pegangannya, lapor FMT.



1 comment:

  1. Semenjak anwar difitnah mahathir, aku telah menyisihkan diri dari umno. Ini kalilah dek kerana pengkhiatan azmin mungkir perjanjian PRN Sarawak, aku berdiri bersama DAP kerana kamu telah mengkhianati DAP setelah perjanjian dibuat. Aku malu pada DAP. biar ada maruah diri. PAS dan keadilan yang ditonjol sudah hilang maruah.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...