Tuesday, 17 May 2016

Pesawat Latihan TUDM Terhempas Di Nenasi, Pekan

Pesawat Latihan TUDM terhempas di Nenasi, Pekan. Sebuah pesawat latihan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas berhampiran sawah padi, dekat Kampung Serum, di sini, tengah hari tadi. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian kira-kira jam 12.52 tengah hari dan jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi dan Balai Bomba dan Penyelamat Pekan dikejarkan ke lokasi kejadian. 

Pesawat Latihan TUDM terhempas di Nenasi, Pekan. Difahamkan, seramai 11 pegawai dan anggota JBPM terbabit dalam operasi berkenaan. Berdasarkan maklumat awal, pesawat itu memuatkan dua anggota latihan dan seorang daripadanya mengalami kecederaan patah kaki.

Pesawat Latihan TUDM terhempas di Nenasi, Pekan

Sementara itu, laporan Buletin TV3 menyebut kedua-dua anggota berkenaan dilaporkan selamat, lapor BH.










No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...