Monday, 23 May 2016

Pergaduhan Rafizi Dan Latheefa Dalam Whatsapp Jadi Viral

Pergaduhan Rafizi dan Latheefa dalam Whatsapp jadi viral. Perbualan dalam kumpulan Whatsapp yang disertai Majlis Pimpinan Pusat (MPP) termasuk Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bocor lagi!

Kali ini ia membabitkan pergaduhan antara Rafizi dan Ahli Majlis Tertinggi PKR Latheefa Koya.

Menerusi pemahaman rakam layar pergaduhan yang menjadi viral, Rafizi mencabar Latheefa untuk berdebat.

Pergaduhan Rafizi dan Latheefa dalam Whatsapp jadi viral. Dalam masa yang sama, Rafizi turut menyatakan bahawa Latheefa sebagai seorang peguam yang penakut kerana tidak berani berdebat dan mahu membiarkannya ‘melalak’ seorang diri.

Bagaimanapun, Latheefa membalas bahawa Rafizi telah menarik balik debat antara mereka dan mengarahkan Rafizi untuk menyusun debat berdasarkan topik-topik yang dibincangkan.

Latheefa juga mendakwa Rafizi akan menjadi orang yang paling ‘bodoh’ di negara ini. Bagaimanapun Latheefa enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu ketika dihubungi FMT.

Pergaduhan Rafizi dan Latheefa dalam Whatsapp jadi viral


“Ooh tak boleh lah… saya tak boleh komen. Sorry,” katanya ringkas. Dalam satu lagi percubaan mendapatkan komen Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung pergaduhan Rafizi dan Latheefa juga gagal selepas dia enggan memberi sebarang kenyataan.

Terdahulu, Rafizi mengesahkan telah menulis mesej di WhatsApp mengenai dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor.

Mesej yang bocor daripada kumpulan tertutup disertai anggota parti dan penyokong Reformasi pula mengancam untuk mendedahkan dakwaan bahawa wujud permintaan wanita dan wang dalam urusan kerajaan negeri, lapor Free Malaysia Today.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...